Pemikiran Imam Al-Sha`Rāwi Mengenai Konsep Sakiinah Dalam Kekeluargaan Islam: Kajian Surah Al-Nisā

dc.contributor.authorMasri, Dedi
dc.date.accessioned2018-06-05T09:13:51Z
dc.date.available2018-06-05T09:13:51Z
dc.date.issued2015-03
dc.description.abstractIslam menekankan pembinaan keluarga sakiinah namun institusi keluarga masa kini sering berakhir dengan perceraian. Ini dibuktikan dengan terdapatnya banyak kes yang telah direkodkan. Kajian ini bertujuan untuk membuktikan konsep keluarga sakiinah yang dihasilkan daripada pemikiran Imam al-Sha`rāwi dalam menafsirkan surah al- Nisā’ ayat 1-35. Sakiinah secara umumnya bererti ketenangan, ketenteraman, kedamaian, kasih sayang, kecintaan dan kebahagiaan. Apabila diterapkan dalam sebuah keluarga, sakiinah bererti rasa ketenteraman jiwa, ketenangan hati, kecintaan dan kasih sayang serta kebahagiaan sebuah keluarga. Ia menghasilkan keluarga yang berkualiti. Kajian ini menggunakan metode kajian perpustakaan dengan menganalisis semua data yang berkaitan dengan penyelidikan secara kritikal dan ilmiah berdasarkan kaedah-kaedah analisis seperti kaedah induksi dan deduksi, kaedah analisis kandungan dan analisis wacana. Hasil kajian menunjukkan dalam penafsiran keluarga sakiinah, Imam al-Sha`rāwi lebih menekankan pengembangan kaedah rasionalisasi sosial ('aqliyah ijtimā`iyah). Dalam menafsirkan konsep sakinah, Imam al-Sha`rāwi juga mampu menggabungkan antara metode wahyu, akal, dan realiti sosial sehingga mudah difahami oleh masyarakat. Menurut beliau, pembentukan keluarga sakiinah harus dimulai daripada keluarga calon suami dan keluarga calon isteri yang harus wujud rasa sakiinah, mawaddah dan warrahmah. Sakiinah adalah faktor awal yang terpenting untuk membina sebuah keluarga. Keluarga yang bahagia adalah sebagai sarana pendidik generasi yang unggul, berakhlak mulia, maju dan bermartabat.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5676
dc.subjectImam Al-Sha`Rāwien_US
dc.subjectSurah Al-Nisāen_US
dc.titlePemikiran Imam Al-Sha`Rāwi Mengenai Konsep Sakiinah Dalam Kekeluargaan Islam: Kajian Surah Al-Nisāen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: