Satu kajian eksploratari kegunaan dan kepuasan audien radio internet Hitz.fm
Loading...
Date
2002-05
Authors
Heah, Hai Heng
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Menjelang alaf baru ini, kemajuan inovasi teknologi ternyata telah banyak
mempengaruhi cara kehidupan masyarakat Radio yang merupakan satu bentuk media
untuk tujuan komunikasi telah diberi satu fasa hidup yang baru dengan sentuhan
teknologi. Kemunculan radio Internet telah membenarkan interaksi yang lebih aktif
antara audien dan stesen radio berbanding radio konvensional. Dengan itu, kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti apakah keperluan yang mendorong audien untuk
menggunakan media radio Internet dan sarna ada audien dapat memperolehi kepuasan
dari radio Internet memandangkan radio Internet menawarkan tahap interaksi yang
lebih tinggi. Pendekatan kegunaan dan kepuasan akan diguna untuk mengkaji faktorfaktor
keperluan dan kepuasan yang mendorong audien untuk menggunakan media.
Seramai 112 audien radio Internet dari bilik perbincangan hi1z.fil1 telah dipilih dan
disoal selidik untuk tujuan kajian ini. Keperluan audien boleh berpunca dari keperluan
psikologi, keperluan sosial dan keperluan persekitaran Keperluan ini akan
menggalakkan audien untuk menggunakan media. Akhirnya, audien mungkin akan
memperolehi kepuasan atau tidak. Kepuasan yang audien perolehi pula boleh
berpunca dari kandungan media, dari proses pendedahan kepada media atau dari
konteks sosial. Selain itu, kajian ini juga akan mengenalpasti demografi dan corak
penggunaan Internet oleh audien radio Internet. Keputusan mendapati terdapat
hubungan yang kuat antara keperluan psikologi dengan kepuasan dari proses
pendedahan kepada media serta kepuasan dari konteks sosial. Keperluan sosial pula
menunjukkan hubungan yang sederhana dengan kepuasan dari kandungan media, dari
proses pendedahan kepada media dan dari konteks sosial. Namun demikian, keperluan
persekitaran menunjukkan hubungan yang lemah dengan kepuasan dari kandungan
media, dari proses pendedahan kepada media dan dari konteks sosial.
Description
Keywords
Kemunculan radio Internet telah membenarkan interaksi , yang lebih aktif antara audien dan stesen radio