Satu kajian eksploratari kegunaan dan kepuasan audien radio internet Hitz.fm

dc.contributor.authorHeah, Hai Heng
dc.date.accessioned2016-10-25T01:55:54Z
dc.date.available2016-10-25T01:55:54Z
dc.date.issued2002-05
dc.description.abstractMenjelang alaf baru ini, kemajuan inovasi teknologi ternyata telah banyak mempengaruhi cara kehidupan masyarakat Radio yang merupakan satu bentuk media untuk tujuan komunikasi telah diberi satu fasa hidup yang baru dengan sentuhan teknologi. Kemunculan radio Internet telah membenarkan interaksi yang lebih aktif antara audien dan stesen radio berbanding radio konvensional. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah keperluan yang mendorong audien untuk menggunakan media radio Internet dan sarna ada audien dapat memperolehi kepuasan dari radio Internet memandangkan radio Internet menawarkan tahap interaksi yang lebih tinggi. Pendekatan kegunaan dan kepuasan akan diguna untuk mengkaji faktorfaktor keperluan dan kepuasan yang mendorong audien untuk menggunakan media. Seramai 112 audien radio Internet dari bilik perbincangan hi1z.fil1 telah dipilih dan disoal selidik untuk tujuan kajian ini. Keperluan audien boleh berpunca dari keperluan psikologi, keperluan sosial dan keperluan persekitaran Keperluan ini akan menggalakkan audien untuk menggunakan media. Akhirnya, audien mungkin akan memperolehi kepuasan atau tidak. Kepuasan yang audien perolehi pula boleh berpunca dari kandungan media, dari proses pendedahan kepada media atau dari konteks sosial. Selain itu, kajian ini juga akan mengenalpasti demografi dan corak penggunaan Internet oleh audien radio Internet. Keputusan mendapati terdapat hubungan yang kuat antara keperluan psikologi dengan kepuasan dari proses pendedahan kepada media serta kepuasan dari konteks sosial. Keperluan sosial pula menunjukkan hubungan yang sederhana dengan kepuasan dari kandungan media, dari proses pendedahan kepada media dan dari konteks sosial. Namun demikian, keperluan persekitaran menunjukkan hubungan yang lemah dengan kepuasan dari kandungan media, dari proses pendedahan kepada media dan dari konteks sosial.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2868
dc.subjectKemunculan radio Internet telah membenarkan interaksien_US
dc.subjectyang lebih aktif antara audien dan stesen radioen_US
dc.titleSatu kajian eksploratari kegunaan dan kepuasan audien radio internet Hitz.fmen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: