Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Serentak Al-Irfan Terhadap Pencapaian Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah
Loading...
Date
2017-08
Authors
Md Hasan, Rashidah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini mengkaji keberkesanan Kaedah Pembelajaran Serentak al-Irfan berbanding penggunaan Kaedah Pembelajaran Tidak Serentak semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kerangka teori kajian ini melibatkan Kaedah Pembelajaran Serentak, Teori Pemprosesan Maklumat, Model Pemprosesan Maklumat dan Kaedah Talaqqi Musyafahah. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 134 orang murid Tahun Empat di empat buah sekolah yang telah dipilih secara rawak. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 68 orang murid bagi kumpulan rawatan dan 66 orang murid lagi bagi kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran Serentak al-Irfan manakala kumpulan kawalan didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran Tidak Serentak. Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Ujian ANCOVA Sehala digunakan bagi menguji 20 hipotesis kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian murid yang telah didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran Serentak al-Irfan berbanding Kaedah Pembelajaran Tidak Serentak. Peningkatan pencapaian bagi aspek kelancaran bacaan, fasohah (kefasihan dalam sebutan), aplikasi hukum tajwid, dan pengetahuan hukum tajwid dalam kalangan murid yang didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran Serentak al-Irfan menggambarkan keberkesanan kaedah ini terhadap pencapaian murid dalam tilawah al-Quran. Keberkesanan kaedah ini menjadi sumbangan kajian ini dalam meningkatkan kaedah PdP tilawah al-Quran khususnya dan subjek Pendidikan Islam amnya.
Description
Keywords
Kaedah Pembelajaran Serentak al-Irfan , berbanding penggunaan Kaedah Pembelajaran Tidak Serentak