Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Serentak Al-Irfan Terhadap Pencapaian Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah

dc.contributor.authorMd Hasan, Rashidah
dc.date.accessioned2018-01-10T07:09:15Z
dc.date.available2018-01-10T07:09:15Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractKajian ini mengkaji keberkesanan Kaedah Pembelajaran Serentak al-Irfan berbanding penggunaan Kaedah Pembelajaran Tidak Serentak semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kerangka teori kajian ini melibatkan Kaedah Pembelajaran Serentak, Teori Pemprosesan Maklumat, Model Pemprosesan Maklumat dan Kaedah Talaqqi Musyafahah. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 134 orang murid Tahun Empat di empat buah sekolah yang telah dipilih secara rawak. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 68 orang murid bagi kumpulan rawatan dan 66 orang murid lagi bagi kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran Serentak al-Irfan manakala kumpulan kawalan didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran Tidak Serentak. Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Ujian ANCOVA Sehala digunakan bagi menguji 20 hipotesis kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian murid yang telah didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran Serentak al-Irfan berbanding Kaedah Pembelajaran Tidak Serentak. Peningkatan pencapaian bagi aspek kelancaran bacaan, fasohah (kefasihan dalam sebutan), aplikasi hukum tajwid, dan pengetahuan hukum tajwid dalam kalangan murid yang didedahkan dengan Kaedah Pembelajaran Serentak al-Irfan menggambarkan keberkesanan kaedah ini terhadap pencapaian murid dalam tilawah al-Quran. Keberkesanan kaedah ini menjadi sumbangan kajian ini dalam meningkatkan kaedah PdP tilawah al-Quran khususnya dan subjek Pendidikan Islam amnya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5356
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKaedah Pembelajaran Serentak al-Irfanen_US
dc.subjectberbanding penggunaan Kaedah Pembelajaran Tidak Serentaken_US
dc.titleKeberkesanan Kaedah Pembelajaran Serentak Al-Irfan Terhadap Pencapaian Tilawah Al-Quran Sekolah Rendahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: