Effects Of Metacognitive Scaffolding On Reading Strategy Use And Reading Performance Of Chinese EFL Tertiary Students

dc.contributor.authorLI, Lijuan
dc.date.accessioned2016-06-21T06:46:13Z
dc.date.available2016-06-21T06:46:13Z
dc.date.issued2015-02
dc.description.abstractSebagai kemahiran bahasa yang penting diantara empat kemahiran bahasa, pembacaan sememangnya menerima perhatian yang khas dalam situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Bahsasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL) dan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Asing (EFL). Di Cina, pengajaran pembacaan EFL sentiasa diberi keutamaan. Terkini, satu reformasi pengajaran pada peringkat kebangsaan diinisiatifkan untuk mentransformasikan pedagogi berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar dan untuk melibatkan strategi-strategi pembelajaran di dalam kurikulum bagi memupuk para pelajar yang berdikari. Walaubagaimanapun, majoriti guru EFL masih menggunakan pedagogi konvensional di dalam kelas bahasa. Tujuan utama kajian ini ialah untuk menyiasat kesan perancah metakognitif terhadap penggunaan strategi pembacaan pelajar dan prestasi pembacaan. Kajian ini berdasarkan teori-teori berikut: teori konstruktivisma sosial, khasnya teori yang dicadangkan oleh Vygotsky (1978) seperti konsep zone of proximal development (ZPD), konsep metakognitif (Flavell, 1978) dan model pembacaan sosiokognitif (Ruddell & Unrau, 2004). Kajian ini berlangsung sepanjang 17 minggu dan telah menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen. Kajian ini melibatkan 80 pelajar tahun kedua EFL bukan beropsyen Bahasa Inggeris dalam dua kelas di Universiti Hebei, Cina. Kumpulan rawatan (n=41) diajar dengan perancah metakognitif dan kumpulan kawalan (n=39) diajar menggunakan pedagogi konvensional. Kaedah pengumpulan data terdiri daripada satu soalselidik strategi pembacaan, teks bacaan kefahaman, pemerhatian kelas dan temuduga individu berstruktur separa.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2169
dc.subjectMetacognitive Scaffoldingen_US
dc.titleEffects Of Metacognitive Scaffolding On Reading Strategy Use And Reading Performance Of Chinese EFL Tertiary Studentsen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: