Pembinaan Model Konsepsi Dan Amalan Pentaksiran Guru

Loading...
Thumbnail Image
Date
2014-08
Authors
Abd Rahman, Yusni
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian tinjauan terhadap Konsepsi dan Amalan Pentaksiran Guru (KAPG) melibatkan 396 orang guru sampel dari 127 buah sekolah di negeri Perak. Tumpuan kajian adalah untuk menilai ciri-ciri psikometrik instrumen melalui pembinaan model KAPG yang dibentuk. Kajian turut mengenal pasti hubungan di antara konsepsi dan amalan pentaksiran guru. Instrumen KAPG terdiri daripada dua skala pengukuran iaitu Konsepsi Pentaksiran Guru (KPG) dan Amalan Pentaksiran Guru (APG), yang dianalisis menggunakan teknik Analisis Faktor Eksploratori (EFA) dan Analisis Pengesahan Faktor (CFA) dengan perisian SPSS versi 15.0 dan AMOS versi 18.0. bagi menentusahkan dimensi-dimensi di dalam konstruk. Hubungan antara kedua-dua konstruk berkenaan ditentukanmelalui teknik Analisis Persamaan Berstruktur (SEM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa Model KPG terdiri daripada empat dimensi dengan 16 item, manakala Model APG terdiri daripada 11 dimensi yang meliputi aspek pengetahuan (lima dimensi) dan aspek kemahiran (enam dimensi) dengan 48 item. Kesemua item di dalam konstruk tersebut memperoleh nilai kebolehpercayaan yang tinggi (α Cronbach=0.71–0.89) serta mencapai kesahan menumpu (konvergen) dan kesahan diskriminan yang baik dan mencukupi bagi membentuk Model KAPG.
Description
Keywords
Pembinaan Model Konsepsi Dan Amalan Pentaksiran Guru , Dan Amalan Pentaksiran Guru
Citation