Takhrij Dan Analisis Hadith-Hadith Dalam Tafsir Al-Azhar

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-05
Authors
Abd Rahim, Mohd Izwanuddin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian takhrij al-hadith ialah suatu kajian yang penting dilakukan untuk memastikan ketulenan hadith-hadith Nabi صلى الله عليه وسلم. Di Asia Tenggara, perkembangan pengajian hadith agak terlambat. Malaysia juga baru mula memberi perhatian terhadap pengajian hadith menjelang abad ke-21. Tafsir al-Azhar karya Hamka ialah sebuah karya yang digunakan secara meluas di kalangan masyarakat. Walaupun telah ada usaha untuk mentakhrij hadith-hadith dalam tafsir ini, tetapi usaha itu hanya terbatas kepada bahagian-bahagian tertentu dan belum menyeluruh. Oleh sebab itu, kajian perlu dilakukan bagi memastikan kesinambungan kajian takhrij terdahulu terhadap kitab tafsir ini. Objektif kajian ini ada tiga. Pertama, mengkaji ilmu takhrij al-hadith dan kepentingannya dalam menilai status sesuatu hadith sebagai sebuah landasan teori kepada kajian takhrij. Kedua, untuk mengkaji sejarah dan latar belakang Hamka serta Tafsir al-Azhar. Ketiga, untuk untuk mengkaji status hadith- hadith yang digunakan oleh Hamka dalam Tafsir al-Azhar serta kedudukannya di sisi ulama-ulama hadith dengan mengaplikasi ilmu takhrij al-hadith secara praktikal. Metodologi yang digunakan adalah menggunakan kajian kepustakaan, induktif, deduktif, dan analisis sejarah. Pengkaji memilih Juzuk 5 yang masih belum dikaji. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kajian kepustakaan. Setelah dibataskan dengan skop kajian, hanya 74 buah hadith yang dikaji. Hasil kajian yang dilakukan, didapati jumlah hadith ṣahῑh ialah 41 buah ( 55.41 % ), hadith hasan 6 buah ( 8.11 % ), hadith hasan lighairih ialah 2 buah ( 2.70 % ), hadith yang ḍa‘ῑf ialah 16 buah ( 21.62 % ), ḍa‘ῑf jiddan ialah 6 buah ( 8.11 % ), hadith yang mauḍū‘ ialah 2 buah ( 2.7 % ) dan 1 buah hadith mauqūf ( 1. 35 % ). Didapati juga bahawa Hamka tidak mengambil kebanyakan hadith secara terus daripada kitab-kitab hadith asalnya, tetapi beliau mengambilnya daripada kitab-kitab yang dijadikan rujukannya. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk mentakhrij hadith-hadith lain yang belum ditakhrij dalam tafsir ini yang masih berbaki.
Description
Keywords
Kajian takhrij al-hadith ialah suatu kajian yang penting dilakukan , untuk memastikan ketulenan hadith-hadith Nabi
Citation