Takhrij Dan Analisis Hadith-Hadith Dalam Tafsir Al-Azhar

dc.contributor.authorAbd Rahim, Mohd Izwanuddin
dc.date.accessioned2018-02-08T01:46:58Z
dc.date.available2018-02-08T01:46:58Z
dc.date.issued2017-05
dc.description.abstractKajian takhrij al-hadith ialah suatu kajian yang penting dilakukan untuk memastikan ketulenan hadith-hadith Nabi صلى الله عليه وسلم. Di Asia Tenggara, perkembangan pengajian hadith agak terlambat. Malaysia juga baru mula memberi perhatian terhadap pengajian hadith menjelang abad ke-21. Tafsir al-Azhar karya Hamka ialah sebuah karya yang digunakan secara meluas di kalangan masyarakat. Walaupun telah ada usaha untuk mentakhrij hadith-hadith dalam tafsir ini, tetapi usaha itu hanya terbatas kepada bahagian-bahagian tertentu dan belum menyeluruh. Oleh sebab itu, kajian perlu dilakukan bagi memastikan kesinambungan kajian takhrij terdahulu terhadap kitab tafsir ini. Objektif kajian ini ada tiga. Pertama, mengkaji ilmu takhrij al-hadith dan kepentingannya dalam menilai status sesuatu hadith sebagai sebuah landasan teori kepada kajian takhrij. Kedua, untuk mengkaji sejarah dan latar belakang Hamka serta Tafsir al-Azhar. Ketiga, untuk untuk mengkaji status hadith- hadith yang digunakan oleh Hamka dalam Tafsir al-Azhar serta kedudukannya di sisi ulama-ulama hadith dengan mengaplikasi ilmu takhrij al-hadith secara praktikal. Metodologi yang digunakan adalah menggunakan kajian kepustakaan, induktif, deduktif, dan analisis sejarah. Pengkaji memilih Juzuk 5 yang masih belum dikaji. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kajian kepustakaan. Setelah dibataskan dengan skop kajian, hanya 74 buah hadith yang dikaji. Hasil kajian yang dilakukan, didapati jumlah hadith ṣahῑh ialah 41 buah ( 55.41 % ), hadith hasan 6 buah ( 8.11 % ), hadith hasan lighairih ialah 2 buah ( 2.70 % ), hadith yang ḍa‘ῑf ialah 16 buah ( 21.62 % ), ḍa‘ῑf jiddan ialah 6 buah ( 8.11 % ), hadith yang mauḍū‘ ialah 2 buah ( 2.7 % ) dan 1 buah hadith mauqūf ( 1. 35 % ). Didapati juga bahawa Hamka tidak mengambil kebanyakan hadith secara terus daripada kitab-kitab hadith asalnya, tetapi beliau mengambilnya daripada kitab-kitab yang dijadikan rujukannya. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk mentakhrij hadith-hadith lain yang belum ditakhrij dalam tafsir ini yang masih berbaki.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5498
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKajian takhrij al-hadith ialah suatu kajian yang penting dilakukanen_US
dc.subjectuntuk memastikan ketulenan hadith-hadith Nabien_US
dc.titleTakhrij Dan Analisis Hadith-Hadith Dalam Tafsir Al-Azharen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: