Removal Of Methyl Orange From Aqueous Solutions Using Tio2 Photocatalyst, Polyaniline Adsorbent And The Combined Tio2 – Polyaniline
Loading...
Date
2015-03
Authors
Wazir, Karam Haitam
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penguraian fotopemangkinan metil jingga (MO) dengan fotomangkin P-25 TiO2 terimobilisasi pada plat kaca melalui kaedah salutan-celup dijalankan dalam bahagian pertama kajian ini. Parameter optimum yang diperoleh bagi penguraian fotopemangkinan larutan MO ditemui pada pH 2, muatan mangkin 1.88 mg cm-2 dan kadar pengudaraan 40 mL min-1. Pemalar kadar (k) adalah 0.045 min-1 tetapi meningkat kepada 0.062 min-1 dalam kehadiran 0.017 mg L-1 H2O2. Plat fotomangkin terimobilisasi boleh digunakan bagi banyak kitaran aplikasi yang berulang. Namun demikian, nilai k berkurangan daripada 0.062 min-1 dengan 33.2 % tinggalan MO bagi aplikasi pertama kepada 0.049 min-1 dengan 43.6 % tinggalan MO pada kitaran aplikasi ke-10. Kaedah salutan-celup yang mudah juga digunakan bagi penghasilan polianilina terimobilisasi (PANI) pada plat kaca dengan menggunakan polivinilpirolidon (PVP) sebagai perekat. Pada bahagian kedua kajian ini, PANI disalut pada plat kaca (PANI/kaca) dan PANI berbentuk serbuk dibandingkan dalam penyingkiran MO daripada larutan akueus. pH optimum bagi penyingkiran MO adalah 7, muatan PANI optimum adalah 0.63 mg cm-2 dengan ketebalan 18.20 m. Penjerapan maksimum qmax bagi PANI/kaca dan serbuk PANI masing-masing adalah 91 dan 147 mg g-1. Di samping itu, model tertib pseudo-kedua adalah model kinetik yang sesuai bagi kedua-dua sistem, yang membawa erti kadar penghad mungkin bersifat pengkimiaserapan.
Description
Keywords
Methyl Orange , Polyaniline