Removal Of Methyl Orange From Aqueous Solutions Using Tio2 Photocatalyst, Polyaniline Adsorbent And The Combined Tio2 – Polyaniline

dc.contributor.authorWazir, Karam Haitam
dc.date.accessioned2018-06-20T03:57:24Z
dc.date.available2018-06-20T03:57:24Z
dc.date.issued2015-03
dc.description.abstractPenguraian fotopemangkinan metil jingga (MO) dengan fotomangkin P-25 TiO2 terimobilisasi pada plat kaca melalui kaedah salutan-celup dijalankan dalam bahagian pertama kajian ini. Parameter optimum yang diperoleh bagi penguraian fotopemangkinan larutan MO ditemui pada pH 2, muatan mangkin 1.88 mg cm-2 dan kadar pengudaraan 40 mL min-1. Pemalar kadar (k) adalah 0.045 min-1 tetapi meningkat kepada 0.062 min-1 dalam kehadiran 0.017 mg L-1 H2O2. Plat fotomangkin terimobilisasi boleh digunakan bagi banyak kitaran aplikasi yang berulang. Namun demikian, nilai k berkurangan daripada 0.062 min-1 dengan 33.2 % tinggalan MO bagi aplikasi pertama kepada 0.049 min-1 dengan 43.6 % tinggalan MO pada kitaran aplikasi ke-10. Kaedah salutan-celup yang mudah juga digunakan bagi penghasilan polianilina terimobilisasi (PANI) pada plat kaca dengan menggunakan polivinilpirolidon (PVP) sebagai perekat. Pada bahagian kedua kajian ini, PANI disalut pada plat kaca (PANI/kaca) dan PANI berbentuk serbuk dibandingkan dalam penyingkiran MO daripada larutan akueus. pH optimum bagi penyingkiran MO adalah 7, muatan PANI optimum adalah 0.63 mg cm-2 dengan ketebalan 18.20 m. Penjerapan maksimum qmax bagi PANI/kaca dan serbuk PANI masing-masing adalah 91 dan 147 mg g-1. Di samping itu, model tertib pseudo-kedua adalah model kinetik yang sesuai bagi kedua-dua sistem, yang membawa erti kadar penghad mungkin bersifat pengkimiaserapan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5745
dc.subjectMethyl Orangeen_US
dc.subjectPolyanilineen_US
dc.titleRemoval Of Methyl Orange From Aqueous Solutions Using Tio2 Photocatalyst, Polyaniline Adsorbent And The Combined Tio2 – Polyanilineen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: