Kajian Perbandingan Sifat-Sifat Fizikal Seperti Sorpsi Air Ketumpatan Pukal Dan Pemampatan Bagi Kanji Beras Semulajadi Dan Kanji Beras Hidroksipropil
Loading...
Date
1988-03
Authors
Muniandy, Manjula
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kanji tepung beras boleh dikaji samada bila ia
dalam keadaan semulajadi atau terubahsuaikan. Kaedah
pengubahsuaian yang digunakan dalam kajian ini adalah
kaedah penghidroksipropilan. Sifat-sifat fizikal yang
dikaji adalah sorpsi air, ketumpatan pukal dan
pemampatan. Kajian ini menunjukkan bahawasifat adsorpsi
air semakin meningkat dengan bertambahnya paras
penukargantian molar. Sebagaimana yang dijangka nilai
monolapisan dan luas permukaan penjerapan air turut
meningkat dengan paras penukargantian molar. Ketumpatan
pukal regang dan padat memberikan corak yang sama pada
paras penukargantian dan aktiviti air yang berbeza.
Ketumpatan pukal mengurang pada penukargantian molar 4%
dan meningkat pada 8%. Pecahan penurunan isipadu
maksimrim memberikan hubungan linear dengan aktiviti air
dan penukargantian molar. Kadar kebolehmampatan mencapai
suatu nilai minimum bagi setiap penukargantian molar.
Nilai minimum ini mengurang dengan bertambahnya
penukargantian molar. Kadar kebolehmampatan lebih cepat
bila penukargantian molar meningkat. Kanji beras boleh
dimampatkan lebih cepat pada aktiviti air yang tinggi.
Description
Keywords
Sorpsi Air Ketumpatan Pukal , Kanji Beras Hidroksipropil