Penghasilan enzim lipase termotoleran daripada aktinomiset Streptosporangium roseum

dc.contributor.authorNik Him, Nik Raikhan
dc.date.accessioned2016-11-11T01:24:22Z
dc.date.available2016-11-11T01:24:22Z
dc.date.issued2003-06
dc.description.abstractSepuluh pencil an mikroorganisma mesofili telah beIjaya diaruhkan tiDtuk tumbuh pada suhu 65°C dan memenuhi takrifan mikroorganisma termotoleran. Lapan daripadanya menghasilkan zon jemih pada agar tributirin. Pencilan NR2 yang dipencilkan dari Kolam Air Panas Labok, Kelantan memberikan aktiviti enzim terbaik pada medium basal dengan aktiviti maksimum 17.27 D/ml. Pencilan NR2 dicamkan sebagai aktinomiset, Streptosporangium roseum dengan ciri Gram negatif yang jarang ditemui. Pengoptimuman ke atas keadaan pengkulturan dan. komposisi medium telah meningkatkan aktiviti lipase sebanyak 73.13 % atau 29.90 D/ml berbanding sebelum pengoptimuman iaitu 17.27 D/ml. Medium optimum mengandungi 0.20 % (b/i) Larabinosa, 0.55 % (b/i) glukosa, 0.45 % (b/i) NaCl, 1.0 % (b/i) ekstrak daging, 0.25 % (b/i) ekstrak yis dan 0.10% (iii) minyak zaitun. Keadaan pengkulturan optimum adalah suhu 65°C, pH 6.8, goncangan 200 psm dan saiz inokulum 5.0 % (iii). Penyekatgerakan sel pada kiub span nilon meningkatkan aktiviti lipase 73.33 % berbanding sel bebas. Sebaliknya penghasilan enzim berkurangan sebanyak 62.17 % oleh sel yang diperangkap di dalam bintilan kalsium alginat. Sistem suapan sekelompok menggunakan sel tersekatgerak kiub span menunjukkan penghasilan dapat dikekalkan selama 144 jam dengan peningkatan aktiviti 74.02 % - 82.04 % berbanding sel bebas. Enzim lipase ditulenkan dengan kaedah pemendakan aseton dan kromatografi penuras gel di atas Sefadeks G-lOO. Ujian ketulenan lipase menggunakan SOS-PAGE memberikan satu puncak tunggal yang homogenus. Penulenan dilakukan 39 kali ganda dengan aktiviti spesifik 4.75 U/ml/g protein dan pemulihan sebanyak 22.78 %. Enzim lipase kasar dan tulen mempunyai suhu optimum 65°C dan 60°C serta ~tabil terhadap suhu 65°C selama 150 minit dan 105 minit, masing-masing .en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3051
dc.subjectPencilan NR2 dicamkan sebagai aktinomiset, Streptosporangium roseumen_US
dc.subjectdengan ciri Gram negatif yang jarang ditemui.en_US
dc.titlePenghasilan enzim lipase termotoleran daripada aktinomiset Streptosporangium roseumen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: