Sensitiviti Dan Kompetensi Kepelbagaian Budaya Dalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Malaysia

dc.contributor.authorAhmad, Yasmin
dc.date.accessioned2016-05-03T04:42:39Z
dc.date.available2016-05-03T04:42:39Z
dc.date.issued2014-12
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sensitiviti dan kompetensi kepelbagaian budaya dalam kalangan guru pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. Kajian ini juga turut mengkaji sama ada persekitaran sekolah yang terdiri daripada murid pelbagai etnik dan etnosentrisme merupakan peramal kepada sensitiviti dan kompetensi kepelbagaian budaya dalam kalangan guru. Sensitiviti dan kompetensi kepelbagaian budaya dalam kalangan guru juga dikenal pasti berdasarkan pandangan murid. Cabaran dan pendekatan dalam amalan sensitiviti dan kompetensi kepelbagaian budaya turut dikenal pasti melalui kajian ini. Aspek kompetensi kepelbagaian budaya yang dikaji dalam kajian ini adalah kesedaran budaya, pengetahuan budaya, sikap terhadap kepelbagaian budaya dan kemahiran budaya. Dua kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Seramai 514 orang guru di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak terlibat dalam menjawab soal selidik kajian ini. Kaedah kualitatif iaitu temu bual melibatkan 6 orang guru dan 6 orang pentadbir sekolah dalam sesi temu bual kajian ini. Sebanyak 6 kumpulan fokus dengan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang murid dari 6 sekolah terlibat dalam kajian ini.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1979
dc.subjectSensitiviti Dan Kompetensi Kepelbagaian Budaya Dalam Kalangan Guru Pelbagai Etniken_US
dc.subjectDi Sekolah Menengah Kebangsaan Di Malaysiaen_US
dc.titleSensitiviti Dan Kompetensi Kepelbagaian Budaya Dalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: