Pembangunan sistem robot menggunakan kaedah kejuruteraan balikan
Loading...
Date
2000-06
Authors
Mokhtar, Norsihan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kemajuan dalam industri pengeluaran banyak dtsokong oleh penggunaan sistem
pembuatan berteknologi tinggi seperti sistem robot. Bagaimana pun, penggunaan teknologi robot
oleh industri-industri tempatan khususnya industri kecil dan sederhana (IKS) ,adalah rendah
disebabkan oleh faktor kos dan kemahiran mengadaptasi teknologi terbabit. Pembangunan
komponen robot secara tempatan boleh meningkatkan keupayaan IKS mengeluar dan
mengaplikasi teknologi mengikut keperluan-keperluan proses pengeluaran masing-masing.
Penyelidikan ini pada asasnya bertujuan menyediakan suatu pendekatan rekabentuk semula yang
sistematik menggunapakai peralatan-peralatan yang terhad bagi menghasilkan rekabentuk
komponen-kornponen robot. Pendekatan yang dipanggil Kejuruteraan Balikan menekankan a:;pek
maklumatldata menyeluruh mengenai produk untuk dUadikan asas rekabentuk semula yang
mantap. Penyelidikan ini menggunakan sebuah robot latihan yang pada asalnya memiliki 2 datjah
kebebasan, untuk ditingkatkan kepada 3 darjah kebebasan melalui penambahan satu paksi
pergerakan yang dinamakan DOF3. AktiViti rekabentuk semula tertumpu kepada unit pemacu
pengumpar (UPP). fa melibatkan aspek-aspek parametrik di mana beberapa perubahan dilakukan
terhadap konfigurasi UPP untuk mencapai tiga sasaran rekabentuk iaitu jangkauan, kejituan
kedudukan dan kebolehulangan. Kebolehlaksanaan pergelangan arijal juga diuji untuk
digandingkan dengan DOF3. Teknik-teknik rekabentuk seperti Teknik Penguraian Fungsi, Rumah
Kualiti dan Permodelan CAD digunapakai dalam ana/isis konsep-konsep rekabentuk yang dipilih.
Hasil daripada projek penyelidikan ini, satu struktur fizikal DOF3 Ielah berjaya dibangunkan
secara amali di dalam makmal. Selain itu, satu' sistem kawalan sel untuk kegunaan pengujian
prestasi prototaip DOF3 juga telah dihasilkan. Walau pun terdapat beberapa penurunan dari segi
prestasi DOF3 yang dihasilkan, penyelidikan ini diharap mampu membuka ja/an bagi
pengembangan teknologi bagi sistem robotik dan automasi tempatan.
Description
Keywords
Teknologi robot