Pembangunan sistem robot menggunakan kaedah kejuruteraan balikan

dc.contributor.authorMokhtar, Norsihan
dc.date.accessioned2017-07-27T08:06:04Z
dc.date.available2017-07-27T08:06:04Z
dc.date.issued2000-06
dc.description.abstractKemajuan dalam industri pengeluaran banyak dtsokong oleh penggunaan sistem pembuatan berteknologi tinggi seperti sistem robot. Bagaimana pun, penggunaan teknologi robot oleh industri-industri tempatan khususnya industri kecil dan sederhana (IKS) ,adalah rendah disebabkan oleh faktor kos dan kemahiran mengadaptasi teknologi terbabit. Pembangunan komponen robot secara tempatan boleh meningkatkan keupayaan IKS mengeluar dan mengaplikasi teknologi mengikut keperluan-keperluan proses pengeluaran masing-masing. Penyelidikan ini pada asasnya bertujuan menyediakan suatu pendekatan rekabentuk semula yang sistematik menggunapakai peralatan-peralatan yang terhad bagi menghasilkan rekabentuk komponen-kornponen robot. Pendekatan yang dipanggil Kejuruteraan Balikan menekankan a:;pek maklumatldata menyeluruh mengenai produk untuk dUadikan asas rekabentuk semula yang mantap. Penyelidikan ini menggunakan sebuah robot latihan yang pada asalnya memiliki 2 datjah kebebasan, untuk ditingkatkan kepada 3 darjah kebebasan melalui penambahan satu paksi pergerakan yang dinamakan DOF3. AktiViti rekabentuk semula tertumpu kepada unit pemacu pengumpar (UPP). fa melibatkan aspek-aspek parametrik di mana beberapa perubahan dilakukan terhadap konfigurasi UPP untuk mencapai tiga sasaran rekabentuk iaitu jangkauan, kejituan kedudukan dan kebolehulangan. Kebolehlaksanaan pergelangan arijal juga diuji untuk digandingkan dengan DOF3. Teknik-teknik rekabentuk seperti Teknik Penguraian Fungsi, Rumah Kualiti dan Permodelan CAD digunapakai dalam ana/isis konsep-konsep rekabentuk yang dipilih. Hasil daripada projek penyelidikan ini, satu struktur fizikal DOF3 Ielah berjaya dibangunkan secara amali di dalam makmal. Selain itu, satu' sistem kawalan sel untuk kegunaan pengujian prestasi prototaip DOF3 juga telah dihasilkan. Walau pun terdapat beberapa penurunan dari segi prestasi DOF3 yang dihasilkan, penyelidikan ini diharap mampu membuka ja/an bagi pengembangan teknologi bagi sistem robotik dan automasi tempatan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4263
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectTeknologi roboten_US
dc.titlePembangunan sistem robot menggunakan kaedah kejuruteraan balikanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: