Pengoptimuman, Penulenan Dan Pencirian Enzim Mannanase Daripada Aspergillus Niger Usm F4 Melalui Pemfermentasian Substrat Pepejal (Ssf) Dengan Menggunakan Isirong Kelapa Sawit Sebagai Substrat.

Loading...
Thumbnail Image
Date
2009-05
Authors
Ab Rashid, Syarifah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Daripada 9 pencilan kulat yang disaring, didapati pencilan USM F4 mampu menghasilkan aktiviti mannanase yang lebih tinggi berbanding dengan 8 pencilan lain. Pengecaman melalui morfologi dan mikroskopik menunjukkan kulat tersebut mempunyai ciri-ciri Aspergillus niger. Penghasilan mannanase oleh A. niger USM F4 dioptimumkan berdasarkan keadaan pengkulturan dan medium pemfermentasian dalam dua sistem utama; sistem kelalang goncangan dan dulang. Pengoptimuman keadaan pengkulturan dan medium pemfermentasian terdiri daripada parameter fizikal dan kimia. Keadaan optimum di dalam kelalang goncangan berisipadu 250 ml ialah kandungan air 80% (i/b), saiz substrat ≤ 0.5 mm, saiz inokulum sebanyak 1 x 107 spora/ml, jisim substrat berjumlah 10 g, pengeraman pada suhu 30±20C, tanpa pengadukan, dengan penambahan molases berkepekatan 2% (b/b), ammonium nitrat berkepekatan 4% (b/b) dan tempoh pengkulturan selama 5 hari.
Description
Keywords
Enzim Mannanase Daripada Aspergillus Niger Usm F4 , Substrat Pepejal (Ssf) Dengan Menggunakan Isirong Kelapa Sawit
Citation