Tahap Numerasi Dan Strategi Penyelesaian Masalah Dalam Bidang Nombor Bagi Pelajar Lepasan Menengah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-03
Authors
Awi, Asiahwati
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap numerasi pelajar lepasan menengah dan mengenal pasti strategi yang mereka guna semasa menyelesaikan masalah matematik dalam bidang Nombor. Kajian ini dilaksana dalam dua fasa melalui kaedah pendekatan campuran yang merangkumi kaedah kuantitatif dan juga kualitatif. Fasa pertama menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan hirisan rentas. Seramai 386 orang pelajar Tingkatan Enam Bawah yang mewakili pelajar lepasan menengah dipilih daripada 15 buah sekolah dari lima daerah di Pulau Pinang. Satu ujian numerasi telah ditadbir bagi menguji keupayaan pelajar dalam mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menyelesaikan masalah berkaitan Nombor. Ianya mengandungi 36 item yang melibatkan empat topik dalam bidang Nombor iaitu Nombor Bulat, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan.
Description
Keywords
Tahap Numerasi Dan Strategi Penyelesaian Masalah , Dalam Bidang Nombor Bagi Pelajar Lepasan Menengah
Citation