CHITOSAN-NANOPARTICLES AS A DRUG DELIVERY SYSTEM FOR 5-FLUOROURACIL
Loading...
Date
2003-08
Authors
SUARDI, MUSLIM
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sifat-sifat fizikokimia kitosan dicirikan dengan menentukan darjah deasetilasi
purata kelikatan jisim molekul (Mv) kitosan, kelikatan, kestabilan, kelarutan,
clan pH larutan kitosan. DO dan Mv kitosan masing-masing ialah 73 - 76%, dan 0.75
. to 0.90 Daltons, manakala kelikatan 1% w/v kitosan di dalam 1 dan 5% v/v asid
asetik masing-masing ialah 1.697± 0.023 dan 2.23±O.009 Pas. SeJepas disimpan
selama 10 hari, kelikatan kitosan dalam asid askorbik berkurang 76%, manakala
kelikatan di dalam asid asetik, formik, Iaktik, maleik dan malik menurun dalam julat
21- 37%. Tambahan pula, kitosan Iebih larut dalam asid asetik, formik, dan laktik
daripada dalam asid maleik, askorbik dan malik. pH Iarutan 1 % w/v kitosan di dalam
pelbagai asid ialah dalam julat l.91-2.62. Untuk tujuan penyediaan nanopartikel
kitosan, pengaruh kepekatan kitosan, jenis dan kepekatan pengemulsi, jenis asid,
kepekatan asid asetik, dan kaedah pencampuran diselidiki. Keputusan menunjukkan
saiz nanopartikel berkadar langsung dengan kepekatan kitosan tetapi berkadar
songsang dengan kepekatan pengemuIsi. Kaedah pencampuran mengguna sonikator
menghasilkan nanopartikel, manakala pencampuran mengguna pengacau magnetik
menghasilkan mikrosfera. Pcngoptimuman muatan drug dan kecekapan muatan
dikaji menggunakan suatu rekabentuk faktorial 33 dengan mempelbagaikan amaun
kitosan, 5-fluorourasiI, dan glutaraldehid. Muatan drug dan kecekapan muatan
masing-masing ialah l.26 - 5.38% dan 10 - 30%. Muatan drug berkadar secara
signifikan dengan amaun permulaaan 5-fluorourasil dan kitosan. Kecekapan muatan
berKadar dengan kepekatan kitosan dan glutaraldehid. Kajian kinetik pelepasan drug
• cfibkukan mengguna alat Desaga dan diana lisa mengguna HPLC. Keputusan
JDenunjukkan bahawa, kinetik pelepasan drug mengikuti pola dwifasa iaitu pelepasan
·cfrug yang cepat pada perrnulaan diikuti oleh pe\epasan perlahan. Lebih kurang 35
bingga 49% drug dilepaskan dalam jangkamasa 1 jam pertama. Forrnulasi
panopartikel menggunakan 1.5% w/v kitosan, 35 mg 5-fluorourasil, dan 30 mg
glutaraldehid dipilih untuk kajian in vivo, kerana muatan drug, kecekapan muatan,
dan pe\epasan in vitro adalah optimum. Kaedah HPLC yang mudah dan spesifik
dibangunkan untuk memisahkan urasil, 5-fluorourasil, dan 5-bromourasil dalam
plasma, jantung, buah pinggang, hati dan paru-paru. Penemuan semula mutlak 5-
fluorourasil dalam plasma dan tisu organ adalah lebih besar daripada 89%. Nilai
kejituan dan ketepatan analisa dalam satu hari dan di antara hari ialah kurang
daripada 15%. Farmakokinetik dan biodistribusi nanopartikeI mengandungi 5-
fluorourasil dan injeksi 5-fluorourasil komersil dikaji menggunakan tikus jantan
Sprague Dawley. Hasil bahagi luas bawah keluk (AUC), pemalar kadar penyingkiran
(ke), penyingkiran setengah hayat (re), masa untuk mencapai kepekatan puncak
(f max), dan kepekatan drug puncak (Cmax) nanopartikel dengan Iarutan kawalan dalam
plasma masing-masing ialah 0.67, 0.058, 17.00, 24, dan 0.16. Dalam organ tisu,
AUC nanopartikel Iebih tinggi daripada larutan kawalan. Hasil bahagi AUC
nanopartikel dengan larutan kawalan ialah 2.04 - 8.78 dan mengikut urutan hati >
jantung > buah pinggang > paru-paru.
Description
Keywords
DRUG DELIVERY , FLUOROURACIL