Obstacles In Parental Involvement Facing Jordanian Public Kindergartens

Loading...
Thumbnail Image
Date
2014-08
Authors
Ahmad, Majdi Abdullah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini mengkaji halangan yang dihadapi oleh ibu bapa dalam penglibatan mereka di tadika awam Jordan. Kajian ini menggunakan kaedah campuran yang mengadaptasi soal selidik dan temu bual separa berstruktur. Secara khusus, kajian ini memeriksa dan menjawab soalan kajian melalui perspektif ibu bapa, guru dan pengetua dengan perhatian diberikan kepada kumpulan umur, kelayakan, pendapatan dan jantina. Kajian ini mempunyai tiga kumpulan responden yang terdiri daripada 345 ibu bapa, 262 guru dan 263 pengetua sebagai sampel. Sampel temu bual terdiri daripada tiga orang di kalangan ibu bapa tiga orang guru dan tiga orang pengetua. Soal selidik dan temu bual separa berstruktur digunakan sebagai instrumen untuk pengumpulan data. Statistik deskriptif digunakan dalam mengira min dan sisihan piawai data yang dikumpul. Analisis varians (ANOVA) digunakan untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan statistik yang signifikan antara kumpulan kajian berdasarkan kumpulan umur, kelayakan dan pendapatan ibu bapa
Description
Keywords
Obstacles In Parental Involvement , Facing Jordanian Public Kindergartens
Citation