Wacana Akhbar Waspada Dan Analisa Dalam Kempen Parti Politik Golkar Dan PDI(P) Pada Pilihan Raya Tahun 1997 Dan Tahun 1999 Di Indonesia
Loading...
Date
2010
Authors
Purba, Amir
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini menelusuri wacana Waspada dan Analisa dalam memberitakan kempen
Golongan Karya (Golkar) dan Parti Demokratik Indonesia (PDI)(P) dalam pilihan raya
tahun 1997 dan pilihan raya tahun 1999. Pilihan raya tahun 1997 diselenggarakan pada
akhir berkuasanya Orde Baru, yang menganut sistem politik otoritarian. Dalam pilihan
raya ini, Golkar mengalahkan PDI. Pilihan raya tahun 1999 diselenggarakan pada awal
berkuasanya rejim Reformasi, yang menganut sistem politik demokrasi. Pada pilihan
raya ini, PDIP mengalahkan Golkar. Perbezaan sistem politik yang diamalkan oleh
kedua-dua rejim, berpengaruh terhadap wacana Waspada dan Analisa dalam
memberitakan kempen Golkar dan PDI(P). Permasalahan kajian ini adalah untuk
meneliti, “Bagaimanakah akhbar Waspada dan Analisa mewacanakan kempen parti
politik Golkar dan PDI pada pilihan raya tahun 1997 dan kempen parti politik Golkar
dan PDIP pada pilihan raya tahun 1999? Tujuan kajian ini, adalah pertama, mengetahui
wacana Waspada dan Analisa pada pemberitaan kempen parti politik Golkar dan
PDI(P) pada kempen pilihan raya tahun 1997 dan pilihan raya 1999. Kedua, mengetahui
perubahan wacana Waspada dan Analisa pada pemberitaan kempen parti politik Golkar,
dan PDI(P) pada pilihan raya tahun 1997 dengan kempen pilihan raya tahun 1999.
Kajian menggunakan kaedah N. Fairclough dengan tiga dimensi analisisnya; iaitu,
Kajian Teks (text), Praktik wacana (discourse pratice), dan Praktik sosiobudaya
(sociocultural practice). Pertama, setiap teks secara bersamaan memiliki tiga fungsi,
iaitu, representasi, relasi, dan identiti. Kedua, praktik wacana meliputi cara para
pekerja media memproduksi teks. Ketiga, praktik sosiobudaya menganalisis tiga perkara
iaitu, ekonomi, politik, dan budaya.
Description
Keywords
Elections , Politics and government