Wacana Akhbar Waspada Dan Analisa Dalam Kempen Parti Politik Golkar Dan PDI(P) Pada Pilihan Raya Tahun 1997 Dan Tahun 1999 Di Indonesia

dc.contributor.authorPurba, Amir
dc.date.accessioned2018-08-28T07:09:47Z
dc.date.available2018-08-28T07:09:47Z
dc.date.issued2010
dc.description.abstractKajian ini menelusuri wacana Waspada dan Analisa dalam memberitakan kempen Golongan Karya (Golkar) dan Parti Demokratik Indonesia (PDI)(P) dalam pilihan raya tahun 1997 dan pilihan raya tahun 1999. Pilihan raya tahun 1997 diselenggarakan pada akhir berkuasanya Orde Baru, yang menganut sistem politik otoritarian. Dalam pilihan raya ini, Golkar mengalahkan PDI. Pilihan raya tahun 1999 diselenggarakan pada awal berkuasanya rejim Reformasi, yang menganut sistem politik demokrasi. Pada pilihan raya ini, PDIP mengalahkan Golkar. Perbezaan sistem politik yang diamalkan oleh kedua-dua rejim, berpengaruh terhadap wacana Waspada dan Analisa dalam memberitakan kempen Golkar dan PDI(P). Permasalahan kajian ini adalah untuk meneliti, “Bagaimanakah akhbar Waspada dan Analisa mewacanakan kempen parti politik Golkar dan PDI pada pilihan raya tahun 1997 dan kempen parti politik Golkar dan PDIP pada pilihan raya tahun 1999? Tujuan kajian ini, adalah pertama, mengetahui wacana Waspada dan Analisa pada pemberitaan kempen parti politik Golkar dan PDI(P) pada kempen pilihan raya tahun 1997 dan pilihan raya 1999. Kedua, mengetahui perubahan wacana Waspada dan Analisa pada pemberitaan kempen parti politik Golkar, dan PDI(P) pada pilihan raya tahun 1997 dengan kempen pilihan raya tahun 1999. Kajian menggunakan kaedah N. Fairclough dengan tiga dimensi analisisnya; iaitu, Kajian Teks (text), Praktik wacana (discourse pratice), dan Praktik sosiobudaya (sociocultural practice). Pertama, setiap teks secara bersamaan memiliki tiga fungsi, iaitu, representasi, relasi, dan identiti. Kedua, praktik wacana meliputi cara para pekerja media memproduksi teks. Ketiga, praktik sosiobudaya menganalisis tiga perkara iaitu, ekonomi, politik, dan budaya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6426
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectElectionsen_US
dc.subjectPolitics and governmenten_US
dc.titleWacana Akhbar Waspada Dan Analisa Dalam Kempen Parti Politik Golkar Dan PDI(P) Pada Pilihan Raya Tahun 1997 Dan Tahun 1999 Di Indonesiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: