Sastera Melayu Zaman Peralihan Hindu- Islam: Satu Kajian Terhadap Hikayat Shamsu’l Bahrain
Loading...
Date
2018-07
Authors
Md. Nor, Norlizawati
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini membincangkan Hikayat Shamsu’l Bahrain sebagai sebuah karya sastera
Melayu zaman peralihan Hindu-Islam telah menjadikan bukti kukuh wujudnya kerajaan
Beruas. Kajian ini berpusatkan kepada manuskrip Hikayat Shamsu’l Bahrain (Maxwell 3)
yang tersimpan di School of Oriental and African Studies, London. Hikayat Shamsu’l
Bahrain (Maxwell3) adalah sebuah naskhah yang berhubung kait dengan sejarah awal
kerajaan Gangga Negara di Beruas seperti yang diperkatakan oleh R.O Winstedt (1934)
dan J. C Bottom (1965). Dalam konteks ini, kajian bermatlamat untuk mengetengahkan
Hikayat Shamsu’l Bahrain sebagai sumber yang dapat dihubungkaitkan dengan sejarah
awal kerajaan Beruas. Hal ini dapat ditelusuri berdasarkan kaedah analisis isi teks sama
ada dari aspek watak, latar tempat dan peristiwa yang disokong dengan bahan-bahan
bertulis daripada kaedah temu ramah yang dijalankan ke atas masyarakat di Beruas.
Shamsu’l Bahrain sebagai watak utama dalam Hikayat Shamsu’l Bahrain seharusnya
diangkat sebagai wira legenda di Beruas kerana ketokohannya bukan sahaja digambarkan
dalam karya ini, malah menjadi satu nama yang masyhur bagi masyarakat Beruas
sehingga kini. Kekuatan unsur-unsur Hindu yang terdapat pada Hikayat Shamsu’l
Bahrain dianalisis dengan menggunakan lima konsep kepercayaan utama dalam
kosmologi Hindu oleh Jeaneane Fowler (2010) iaitu trimurti, samsara, karma, moksha
dan yoga. Kelima-lima konsep kepercayaan Hindu ini adalah selaras dengan struktur
pembentukan Hikayat Shamsu’l Bahrain iaitu penjelmaan, pengembaraan kerohanian,
pembalasan, kejayaan dan latar. Hal ini memperlihatkan bagaimana pembentukan
Hikayat Shamsu’l Bahrain mempunyai persamaan dengan lima konsep kepercayaan
Hindu yang telah disesuaikan dengan budaya setempat oleh pengarangnya.
Description
Keywords
Sastera melayu zaman peralihan Hindu-islam , Hikayat shamsu’l bahrain