Sastera Melayu Zaman Peralihan Hindu- Islam: Satu Kajian Terhadap Hikayat Shamsu’l Bahrain
dc.contributor.author | Md. Nor, Norlizawati | |
dc.date.accessioned | 2019-04-12T02:05:18Z | |
dc.date.available | 2019-04-12T02:05:18Z | |
dc.date.issued | 2018-07 | |
dc.description.abstract | Tesis ini membincangkan Hikayat Shamsu’l Bahrain sebagai sebuah karya sastera Melayu zaman peralihan Hindu-Islam telah menjadikan bukti kukuh wujudnya kerajaan Beruas. Kajian ini berpusatkan kepada manuskrip Hikayat Shamsu’l Bahrain (Maxwell 3) yang tersimpan di School of Oriental and African Studies, London. Hikayat Shamsu’l Bahrain (Maxwell3) adalah sebuah naskhah yang berhubung kait dengan sejarah awal kerajaan Gangga Negara di Beruas seperti yang diperkatakan oleh R.O Winstedt (1934) dan J. C Bottom (1965). Dalam konteks ini, kajian bermatlamat untuk mengetengahkan Hikayat Shamsu’l Bahrain sebagai sumber yang dapat dihubungkaitkan dengan sejarah awal kerajaan Beruas. Hal ini dapat ditelusuri berdasarkan kaedah analisis isi teks sama ada dari aspek watak, latar tempat dan peristiwa yang disokong dengan bahan-bahan bertulis daripada kaedah temu ramah yang dijalankan ke atas masyarakat di Beruas. Shamsu’l Bahrain sebagai watak utama dalam Hikayat Shamsu’l Bahrain seharusnya diangkat sebagai wira legenda di Beruas kerana ketokohannya bukan sahaja digambarkan dalam karya ini, malah menjadi satu nama yang masyhur bagi masyarakat Beruas sehingga kini. Kekuatan unsur-unsur Hindu yang terdapat pada Hikayat Shamsu’l Bahrain dianalisis dengan menggunakan lima konsep kepercayaan utama dalam kosmologi Hindu oleh Jeaneane Fowler (2010) iaitu trimurti, samsara, karma, moksha dan yoga. Kelima-lima konsep kepercayaan Hindu ini adalah selaras dengan struktur pembentukan Hikayat Shamsu’l Bahrain iaitu penjelmaan, pengembaraan kerohanian, pembalasan, kejayaan dan latar. Hal ini memperlihatkan bagaimana pembentukan Hikayat Shamsu’l Bahrain mempunyai persamaan dengan lima konsep kepercayaan Hindu yang telah disesuaikan dengan budaya setempat oleh pengarangnya. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/7971 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Sastera melayu zaman peralihan Hindu-islam | en_US |
dc.subject | Hikayat shamsu’l bahrain | en_US |
dc.title | Sastera Melayu Zaman Peralihan Hindu- Islam: Satu Kajian Terhadap Hikayat Shamsu’l Bahrain | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: