Di antara agama dan budaya : suatu analisis tentang upacara peusijuek di Nanggroe Aceh Darussalam

Loading...
Thumbnail Image
Date
2007
Authors
M. Jakfar Abdullah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini berusaha untuk memahami upacara Peusijuek dalam masyarakat Aceh dari perspektif agama dan budaya. Soalan utama kajian ialah adakah peusijuek itu amalan budaya atau amalan agama? Amalan peusijuek merupakan amalan budaya yang telah bercampur dengan agama, bahkan sangat sukar untuk memisahkan amalan peusijuek itu dari masyarakat. Adakalanya peusijuek itu dapat mengalahkan amalan agama Kajian tentang upacara peusijuek ini merupakan kajian yang melibatkan antara agama dan budaya. Agama yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah agama lslam, di mana telah terjadi percampuran antara ajaran agama lslam dengan yang bukan lslam, sehingga menjadi suatu budaya yang sangat sukar untuk dipisahkan. Hal ini te􁪽adi kerana upacara peusijuek sentiasa mengiringi setiap upacara, sama ada upacara sosiokemasyarakatan seperti majlis perkahwinan, membina bangunan mahupun sosiokeagamaan seperti berkhatan, orang yang hendak menunaikan ibadah haji, dan sebagainya. Untuk mengkaji upacara peusijuek itu sama ada amalan agama mahu pun amalan budaya, digunakan pendekatan kajian llmu Perbandingan Agama. Dengan menggunakan pendekatan llmu Perbandingan Agama dapat diketahui dengan jelas dan pasti asal usul serta peranan upacara pusijuek itu. Teori fungsional dalam sosiologi (setiap yang berfungsi akan tetap ada) telah digunakan untuk melihat fungsi agama dalam peusijuek.Data kajian ini diperolehi dari berbagai-bagai sumber, antaranya perpustakaan yang berupa pelbagai tulisan sama ada berupa makalah mahupun hasil penyelidikan terdahulu. Hasil temuan perpustakaan dikukuhkan dengan hasil dari pemerhatian lapangan dan temu bual dengan tokoh adat dan agama dalam masyarakat Aceh,dengan menggunakan soal selidik tidak berstruktur.
Description
Keywords
Di antara agama dan budaya , suatu analisis tentang upacara peusijuek di Nanggroe Aceh Darussalam , agama dan budaya , upacara peusijuek di Nanggroe Aceh Darussalam
Citation