Di antara agama dan budaya : suatu analisis tentang upacara peusijuek di Nanggroe Aceh Darussalam

dc.contributor.authorM. Jakfar Abdullah
dc.date.accessioned2023-01-12T08:55:30Z
dc.date.available2023-01-12T08:55:30Z
dc.date.issued2007
dc.description.abstractPenyelidikan ini berusaha untuk memahami upacara Peusijuek dalam masyarakat Aceh dari perspektif agama dan budaya. Soalan utama kajian ialah adakah peusijuek itu amalan budaya atau amalan agama? Amalan peusijuek merupakan amalan budaya yang telah bercampur dengan agama, bahkan sangat sukar untuk memisahkan amalan peusijuek itu dari masyarakat. Adakalanya peusijuek itu dapat mengalahkan amalan agama Kajian tentang upacara peusijuek ini merupakan kajian yang melibatkan antara agama dan budaya. Agama yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah agama lslam, di mana telah terjadi percampuran antara ajaran agama lslam dengan yang bukan lslam, sehingga menjadi suatu budaya yang sangat sukar untuk dipisahkan. Hal ini te􁪽adi kerana upacara peusijuek sentiasa mengiringi setiap upacara, sama ada upacara sosiokemasyarakatan seperti majlis perkahwinan, membina bangunan mahupun sosiokeagamaan seperti berkhatan, orang yang hendak menunaikan ibadah haji, dan sebagainya. Untuk mengkaji upacara peusijuek itu sama ada amalan agama mahu pun amalan budaya, digunakan pendekatan kajian llmu Perbandingan Agama. Dengan menggunakan pendekatan llmu Perbandingan Agama dapat diketahui dengan jelas dan pasti asal usul serta peranan upacara pusijuek itu. Teori fungsional dalam sosiologi (setiap yang berfungsi akan tetap ada) telah digunakan untuk melihat fungsi agama dalam peusijuek.Data kajian ini diperolehi dari berbagai-bagai sumber, antaranya perpustakaan yang berupa pelbagai tulisan sama ada berupa makalah mahupun hasil penyelidikan terdahulu. Hasil temuan perpustakaan dikukuhkan dengan hasil dari pemerhatian lapangan dan temu bual dengan tokoh adat dan agama dalam masyarakat Aceh,dengan menggunakan soal selidik tidak berstruktur.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/17170
dc.publisherUniversiti Sains Malaysia.en_US
dc.subjectDi antara agama dan budayaen_US
dc.subjectsuatu analisis tentang upacara peusijuek di Nanggroe Aceh Darussalamen_US
dc.subjectagama dan budayaen_US
dc.subjectupacara peusijuek di Nanggroe Aceh Darussalamen_US
dc.titleDi antara agama dan budaya : suatu analisis tentang upacara peusijuek di Nanggroe Aceh Darussalamen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: