Peranan Pengetua Sebagai Fasilitator Perubahan Dalam Mengurus Integrasi Ict Sebagai Satu Inovasi Pendidikan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2010-02
Authors
Tan, Huat Tian
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan pengetua sebagai fasilitator perubahan dalam mengurus integrasi ICT sebagai satu inovasi pendidikan dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Kajian ini dijalankan menerusi dua peringkat. Peringkat pertama dijalankan melalui satu tinjauan persepsi guru-guru dengan tujuan untuk menentukan gaya fasilitator perubahan yang diamalkan oleh pengetua terhadap penggunaan ICT dalam PPSMI. Maklum balas melalui soal selidik telah diperoleh daripada 1,104 orang guru PPSMI dari 89 buah sekolah menengah kebangsaan harian biasa di Negeri Pulau Pinang. Analisis kajian menunjukkan bahawa 73 orang pengetua (82 peratus) mengamalkan gaya fasilitator perubahan “Manager” manakala 16 orang pengetua (18 peratus) mengamalkan gaya fasilitator perubahan “Responder”. Namun, tiada pengetua yang mengamalkan gaya fasilitator perubahan “Initiator”. Pada peringkat kedua, dua buah sekolah yang dianggap efektif dan sebuah sekolah yang kurang efektif dipilih untuk kajian kes. Kajian kes ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan kajian dokumen untuk mengumpul maklumat yang mendalam dan terperinci tentang cara pengetua memainkan peranan sebagai fasilitator perubahan yang efektif terhadap penggunaan ICT dalam PPSMI.
Description
Keywords
Peranan Pengetua Sebagai Fasilitator , Mengurus Integrasi Ict
Citation