Peranan Pengetua Sebagai Fasilitator Perubahan Dalam Mengurus Integrasi Ict Sebagai Satu Inovasi Pendidikan

dc.contributor.authorTan, Huat Tian
dc.date.accessioned2018-11-08T06:53:08Z
dc.date.available2018-11-08T06:53:08Z
dc.date.issued2010-02
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan pengetua sebagai fasilitator perubahan dalam mengurus integrasi ICT sebagai satu inovasi pendidikan dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Kajian ini dijalankan menerusi dua peringkat. Peringkat pertama dijalankan melalui satu tinjauan persepsi guru-guru dengan tujuan untuk menentukan gaya fasilitator perubahan yang diamalkan oleh pengetua terhadap penggunaan ICT dalam PPSMI. Maklum balas melalui soal selidik telah diperoleh daripada 1,104 orang guru PPSMI dari 89 buah sekolah menengah kebangsaan harian biasa di Negeri Pulau Pinang. Analisis kajian menunjukkan bahawa 73 orang pengetua (82 peratus) mengamalkan gaya fasilitator perubahan “Manager” manakala 16 orang pengetua (18 peratus) mengamalkan gaya fasilitator perubahan “Responder”. Namun, tiada pengetua yang mengamalkan gaya fasilitator perubahan “Initiator”. Pada peringkat kedua, dua buah sekolah yang dianggap efektif dan sebuah sekolah yang kurang efektif dipilih untuk kajian kes. Kajian kes ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan kajian dokumen untuk mengumpul maklumat yang mendalam dan terperinci tentang cara pengetua memainkan peranan sebagai fasilitator perubahan yang efektif terhadap penggunaan ICT dalam PPSMI.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7033
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPeranan Pengetua Sebagai Fasilitatoren_US
dc.subjectMengurus Integrasi Icten_US
dc.titlePeranan Pengetua Sebagai Fasilitator Perubahan Dalam Mengurus Integrasi Ict Sebagai Satu Inovasi Pendidikanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: