Kesan Maklum Balas Yang Berbeza Oleh Agen Pedagogi Dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (Spp) Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan
Loading...
Date
2010-12
Authors
Mohamad Zain, Farah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan maklum balas yang berbeza
oleh agen pedagogi (AP) dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) terhadap
pencapaian pelajar yang berbeza lokus kawalan. Tajuk bahan penyelidikan yang
dimuatkan dalam SPP ialah “Kanta dan Alat Optik – Fizik Tingkatan 4” dan
dibangunkan dalam pembelajaran selama sejam. Tiga jenis platform penyampaian
dibangunkan yang memuatkan AP yang sama tetapi memberi tiga jenis maklum balas
yang berbeza kepada pelajar iaitu maklum balas Knowledge of Results (KORAP),
maklum balas Knowledge of Correct Response (KCRAP) dan maklum balas Elaborated
Feedback (EFAP).
Seramai 133 orang pelajar Tingkatan Empat dari dua buah sekolah di Pulau
Pinang dipilih sebagai sampel. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan melalui
persampelan sesuai (convenience sampling) dan setiap kumpulan didedahkan kepada
satu jenis maklum balas oleh AP. Pemboleh ubah bebas adalah tiga jenis maklum balas
dan pemboleh ubah bersandar pula ialah skor min pencapaian akademik pelajar.
Pemboleh ubah moderator pula ialah lokus kawalan pelajar yang terbahagi kepada dua
iaitu lokus kawalan dalaman (LKD) dan lokus kawalan luaran (LKL).
Description
Keywords
Kesan Maklum Balas Yang Berbeza Oleh Agen Pedagogi , Sistem Pengurusan Pembelajaran (Spp)