Kesan Maklum Balas Yang Berbeza Oleh Agen Pedagogi Dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (Spp) Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan
dc.contributor.author | Mohamad Zain, Farah | |
dc.date.accessioned | 2018-10-22T07:16:20Z | |
dc.date.available | 2018-10-22T07:16:20Z | |
dc.date.issued | 2010-12 | |
dc.description.abstract | Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan maklum balas yang berbeza oleh agen pedagogi (AP) dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) terhadap pencapaian pelajar yang berbeza lokus kawalan. Tajuk bahan penyelidikan yang dimuatkan dalam SPP ialah “Kanta dan Alat Optik – Fizik Tingkatan 4” dan dibangunkan dalam pembelajaran selama sejam. Tiga jenis platform penyampaian dibangunkan yang memuatkan AP yang sama tetapi memberi tiga jenis maklum balas yang berbeza kepada pelajar iaitu maklum balas Knowledge of Results (KORAP), maklum balas Knowledge of Correct Response (KCRAP) dan maklum balas Elaborated Feedback (EFAP). Seramai 133 orang pelajar Tingkatan Empat dari dua buah sekolah di Pulau Pinang dipilih sebagai sampel. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan melalui persampelan sesuai (convenience sampling) dan setiap kumpulan didedahkan kepada satu jenis maklum balas oleh AP. Pemboleh ubah bebas adalah tiga jenis maklum balas dan pemboleh ubah bersandar pula ialah skor min pencapaian akademik pelajar. Pemboleh ubah moderator pula ialah lokus kawalan pelajar yang terbahagi kepada dua iaitu lokus kawalan dalaman (LKD) dan lokus kawalan luaran (LKL). | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/6840 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Kesan Maklum Balas Yang Berbeza Oleh Agen Pedagogi | en_US |
dc.subject | Sistem Pengurusan Pembelajaran (Spp) | en_US |
dc.title | Kesan Maklum Balas Yang Berbeza Oleh Agen Pedagogi Dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (Spp) Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Lokus Kawalan | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: