Keadilan Organisasi, Tingkah Laku Kewarganegaraan Organisasi Dan Kepercayaan Di Sekolah Rendah Utara Semenanjung Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2014-08
Authors
Ariffin, Joohari
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 berhasrat untuk menjadikan mutu pendidikan Malaysia berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa. Untuk mencapai hasrat tersebut, golongan pelaksana terutamanya guru-guru di sekolah harus mengamalkan tingkah laku kewarganegaraan organisasi termasuk proaktif dan sedia bekerja melampaui skop tugas yang ditetapkan. Walau bagaimanapun tidak ramai guru memiliki tingkah laku kewarganegaraan organisasi tersebut dan hanya bertindak secara reaktif dalam deskripsi tugas yang dinyatakan sahaja. Hal ini terjadi disebabkan oleh hilangnya kepercayaan guru-guru terhadap kepimpinan sekolah akibat amalan keadilan organisasi yang lemah di sekolah.
Description
Keywords
Keadilan Organisasi, Tingkah Laku Kewarganegaraan Organisasi , Kepercayaan Di Sekolah Rendah Utara Semenanjung Malaysia
Citation