Pembinaan Dan Pengesahan Ujian Berjalan Pedometer Untuk Menganggar Kecergasan Fizikal
Loading...
Date
2017-08
Authors
Azmi, Siti Hartini
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penggunaan ujian makmal bagi mendapatkan tahap kecergasan VO2max
memerlukan kos yang tinggi serta sukar untuk dilaksanakan. Alternatif ujian lapangan
(Ujian Berjalan Pedometer) dapat memudahkan orang ramai untuk mendapatkan
tahap kecergasan dengan pemantauan sendiri. Tujuan kajian ini ialah untuk membina
Ujian Berjalan Pedometer bagi menganggar kecergasan fizikal seterusnya
mengesahkan skor daripada Ujian Berjalan Pedometer dengan ujian yang telah kukuh
dan telah disahkan melalui kesahan rujukan kriteria (sejajar dan ramalan). Fokus
kajian secara khusus bertujuan menggunakan persamaan metabolik untuk mendapat
VO2max ujian berjalan menggunakan pedometer; kebolehpercayaan interclass ujian
pedometer; kebolehpercayaan interclass instrumen objektiviti. Kajian ini juga
bertujuan mengkaji kesahan sejajar untuk melihat hubungan antara skor anggaran
VO2max Ujian Berjalan Pedometer dengan Protokol Treadmill, Ujian Berjalan
Rockport dan Ujian Cooper; kesahan ramalan untuk variabel peramal seperti langkah,
jarak, Indeks Jisim Badan dan kadar nadi terhadap varians dalam menganggar
VO2max untuk Ujian Berjalan Pedometer. Persampelan telah dilakukan secara dua
peringkat iaitu 40 orang subjek pada kajian lapangan dan 16 orang subjek untuk ujian
makmal. Data diperolehi dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Analisis data
melibatkan penggunaan min, sisihan piawai, peratus, korelasi dan regresi pelbagai.
Kajian mendapati Ujian Berjalan Pedometer mempunyai perkaitan antara Ujian
Cooper, Ujian Rockport dan ujian makmal. Selain itu, variabel jarak memberi
sumbangan yang besar terhadap Ujian Berjalan Pedometer dan menunjukkan lebih
banyak jarak yang dilalui maka VO2max turut meningkat.Implikasi kajian ini, dengan
penggunaan telefon pintar yang semakin berkembang telah memudahkan orang ramai
dapat mengaplikasikan Ujian Berjalan Pedometer sebagai ujian alternatif untuk
menganggar kecergasan fizikal dan seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat.
Description
Keywords
Ujian Berjalan Pedometer , bagi menganggar kecergasan fizikal.