Pembinaan Dan Pengesahan Ujian Berjalan Pedometer Untuk Menganggar Kecergasan Fizikal

dc.contributor.authorAzmi, Siti Hartini
dc.date.accessioned2018-01-26T07:33:37Z
dc.date.available2018-01-26T07:33:37Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractPenggunaan ujian makmal bagi mendapatkan tahap kecergasan VO2max memerlukan kos yang tinggi serta sukar untuk dilaksanakan. Alternatif ujian lapangan (Ujian Berjalan Pedometer) dapat memudahkan orang ramai untuk mendapatkan tahap kecergasan dengan pemantauan sendiri. Tujuan kajian ini ialah untuk membina Ujian Berjalan Pedometer bagi menganggar kecergasan fizikal seterusnya mengesahkan skor daripada Ujian Berjalan Pedometer dengan ujian yang telah kukuh dan telah disahkan melalui kesahan rujukan kriteria (sejajar dan ramalan). Fokus kajian secara khusus bertujuan menggunakan persamaan metabolik untuk mendapat VO2max ujian berjalan menggunakan pedometer; kebolehpercayaan interclass ujian pedometer; kebolehpercayaan interclass instrumen objektiviti. Kajian ini juga bertujuan mengkaji kesahan sejajar untuk melihat hubungan antara skor anggaran VO2max Ujian Berjalan Pedometer dengan Protokol Treadmill, Ujian Berjalan Rockport dan Ujian Cooper; kesahan ramalan untuk variabel peramal seperti langkah, jarak, Indeks Jisim Badan dan kadar nadi terhadap varians dalam menganggar VO2max untuk Ujian Berjalan Pedometer. Persampelan telah dilakukan secara dua peringkat iaitu 40 orang subjek pada kajian lapangan dan 16 orang subjek untuk ujian makmal. Data diperolehi dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Analisis data melibatkan penggunaan min, sisihan piawai, peratus, korelasi dan regresi pelbagai. Kajian mendapati Ujian Berjalan Pedometer mempunyai perkaitan antara Ujian Cooper, Ujian Rockport dan ujian makmal. Selain itu, variabel jarak memberi sumbangan yang besar terhadap Ujian Berjalan Pedometer dan menunjukkan lebih banyak jarak yang dilalui maka VO2max turut meningkat.Implikasi kajian ini, dengan penggunaan telefon pintar yang semakin berkembang telah memudahkan orang ramai dapat mengaplikasikan Ujian Berjalan Pedometer sebagai ujian alternatif untuk menganggar kecergasan fizikal dan seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5476
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectUjian Berjalan Pedometeren_US
dc.subjectbagi menganggar kecergasan fizikal.en_US
dc.titlePembinaan Dan Pengesahan Ujian Berjalan Pedometer Untuk Menganggar Kecergasan Fizikalen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: