The Moderating Roles Of Institutional Variables On The Influence Of Professional Learning Community On Teaching Competency Among Educational University Faculty Members In West Coast Saudi Arabia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2014-04
Authors
Hussain Badawi, Ummalzayn
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan moderator variabel institusi terhadap pengaruh komuniti pembelajaran profesional dengan kompetensi pengajaran dalam kalangan anggota fakulti universiti pendidikan di pantai barat daya Arab Saudi. Selain itu, kajian ini juga mengkaji pengaruh komuniti pembelajaran profesional dan variabel-variabel institusi ke atas kompetensi pengajaran. Sehubungan dengan itu, sejumlah 664 ahli-ahli fakulti universiti pendidikan daripada Makkah, Madinah, Tabuk dan Jazan, barat daya Arab Saudi telah dipilih menggunakan persampelan rawak. Data yang diperoleh daripada responden dengan menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu komuniti pembelajaran profesional, variabel institusi, dan kompetensi pengajaran. Semua data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif, analisis regresi dan regresi berganda hierarki. Manakala bentuk moderator pula telah dikenal pasti dengan menggunakan kriteria Howell, Hofman dan Kerr (1986). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap keseluruhan kompetensi pengajaran dalam kalangan ahli-ahli fakulti adalah sangat tinggi.
Description
Keywords
The Moderating Roles Of Institutional Variables On The Influence Of Professional Learning Community On Teaching , Competency Among Educational University Faculty Members In West Coast Saudi Arabia
Citation