Kesan Terjemahan Terhadap Makna Dalam Buku Teks Terjemahan Geografi

Loading...
Thumbnail Image
Date
1995
Authors
Hasuria Omar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kaj ian ini meninj au kesan terj emahan terhadap makna yang dihasilkan daripada proses penterjemahan buku teks Geograf~ daripada bahasa Inggeris sebagai bahasa sumber kepada bahasa Me1ayu sebagai bahasa sasaran. Teks sumber sebagai bahan kaj ian ialah buku teks Man and The Environmental Processes. Teks sasarannya ia1ah Manusia dan Proses-proses Persekitaran. Kesan terjemahan terhadap makna teks, dapat ber1aku da1am tiga bentuk, iaitu pengekalan makna, perubahan makna dan kehilangan makna. Terjemahan dikatakan berj aya apabila, makna teks sumber dapat dipindahkan sepenuhnya ke dalam bahasa sasaran. Kej ayaan ini turut ditandai oleh penyampaian makna yang 1ancar dan pembaca teks sasaran dapat memahami makna teks dengan mudah. Dua bentuk analisis dilakukan dalam kajian ini. Pertama, ana1isis kua1itatif, iaitu dengan menilai kehilangan makna menerusi makna'linguistik, makna budaya dan makna wacana. Analisis kedua ialah dengan meninjau persepsi pembaca terhadap buku teks yang dikaji. Penilaian terjemahan buku teks ini dibuat~berdasarkan tiga aspek i ketepatan padanan makna daripada unit terjemahan,.' penggunaan bahasa dan penyampaian. Dapatan anal isis kualitatif dan dapatan tinjauan persepsi penmaca menunjukkan bahawa kehilangan makna hanya berlaku pada kadar yang sedikit sahaja daripada keseluruhan buku teks yang diterjemahkan. 'Kehilangan makna ' ini berlaku dalam aspek penggunaan bahasa dan dalam terjemahan yang melibatkan aspek budaya. Makna ?lacana, pada keseluruhannya dapat dikekalkan oleh penterjemah .
Description
Keywords
Kesan terjemahan terhadap makna , yang dihasilkan daripada proses penterjemahan
Citation