Kesan Terjemahan Terhadap Makna Dalam Buku Teks Terjemahan Geografi

dc.contributor.authorHasuria Omar
dc.date.accessioned2016-10-25T01:45:11Z
dc.date.available2016-10-25T01:45:11Z
dc.date.issued1995
dc.description.abstractKaj ian ini meninj au kesan terj emahan terhadap makna yang dihasilkan daripada proses penterjemahan buku teks Geograf~ daripada bahasa Inggeris sebagai bahasa sumber kepada bahasa Me1ayu sebagai bahasa sasaran. Teks sumber sebagai bahan kaj ian ialah buku teks Man and The Environmental Processes. Teks sasarannya ia1ah Manusia dan Proses-proses Persekitaran. Kesan terjemahan terhadap makna teks, dapat ber1aku da1am tiga bentuk, iaitu pengekalan makna, perubahan makna dan kehilangan makna. Terjemahan dikatakan berj aya apabila, makna teks sumber dapat dipindahkan sepenuhnya ke dalam bahasa sasaran. Kej ayaan ini turut ditandai oleh penyampaian makna yang 1ancar dan pembaca teks sasaran dapat memahami makna teks dengan mudah. Dua bentuk analisis dilakukan dalam kajian ini. Pertama, ana1isis kua1itatif, iaitu dengan menilai kehilangan makna menerusi makna'linguistik, makna budaya dan makna wacana. Analisis kedua ialah dengan meninjau persepsi pembaca terhadap buku teks yang dikaji. Penilaian terjemahan buku teks ini dibuat~berdasarkan tiga aspek i ketepatan padanan makna daripada unit terjemahan,.' penggunaan bahasa dan penyampaian. Dapatan anal isis kualitatif dan dapatan tinjauan persepsi penmaca menunjukkan bahawa kehilangan makna hanya berlaku pada kadar yang sedikit sahaja daripada keseluruhan buku teks yang diterjemahkan. 'Kehilangan makna ' ini berlaku dalam aspek penggunaan bahasa dan dalam terjemahan yang melibatkan aspek budaya. Makna ?lacana, pada keseluruhannya dapat dikekalkan oleh penterjemah .en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2866
dc.subjectKesan terjemahan terhadap maknaen_US
dc.subjectyang dihasilkan daripada proses penterjemahanen_US
dc.titleKesan Terjemahan Terhadap Makna Dalam Buku Teks Terjemahan Geografien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: