The Effects Of Direct Teaching Of Test-Taking Strategies On Iranian Efl Students’ Performance In Reading Comprehension Tests
Loading...
Date
2014-07
Authors
Mohammadi, Majid Poor
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penyelidikan ini mengkaji kesan pengajaran strategi menduduki ujian terhadap prestasi ujian kefahaman pelajar siswazah EFL Iran. Selain itu, kajian ini meneliti sikap pelajar terhadap pengajaran strategi tersebut dalam kelas pemahaman. Kajian ini juga bertujuan mengkaji kemungkinan perbezaan dari segi penggunaan strategi menduduki ujian di antara pelajar siswazah EFL Iran yang mempunyai tahap penguasaan yang tinggi dan rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Sejumlah 66 orang pelajar EFL tahun dua dari dua fakulti berasingan di Islamic Azad University of Rasht, Iran telah mengambil bahagian dalam penyelidikan ini sebagai kumpulan eksperimen dan kawalan. Mereka telah diberikan praujian, pascaujian, dan soal selidik tentang pengetahuan sedia ada mereka mengenai strategi-strategi menduduki ujian. Kumpulan eksperimen dilatih menggunakan 22 strategi menduduki ujian kefahaman bacaan berbentuk aneka pilihan, manakala kumpulan kawalan hanya diberikan latihan membaca yang biasa.
Description
Keywords
The Effects Of Direct Teaching Of Test-Taking Strategies , Iranian Efl Students’ Performance In Reading Comprehension Tests