Pengiklanan Sebagai Alat Untuk Niemupuk Kesedaran Danpengetahuan Pengguna Mengenai Barangan Kosmetik Dan Penjagaan Kulit: Satu Kajian Iklan Dalam Majalah-Majalah Wanita

Loading...
Thumbnail Image
Date
2002-10
Authors
Thoo Siat Lee, Christina
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pengiklanan iaitu salah satu komunikasi gunaan, merupakan satu kuasa yang penting dalam mempengaruhi pili han pengguna terhadap sesua!u barangan atau perkhidmatan. Pengiklanan dipercayai dapat mewujudkan kesedaran pengguna tentang sesuatu jenama dan dapat menyampaikan mesej-mesej dan membekalkan pengetahuan kepada orang ramai dan ini dapat memberi jenama tersebut satu kelebihan persaingan. Kelebihan persaingan ini adalah amat penting terutama sekali dengan kewujudan persaingan yang hebat di pasaran ekonomi bebas. Penyelidikan ini telah melihat dan mengkaji peranan pengiklanan dalam majalah wanita khususnya iklan barangan kosmetik dan penjagaan kulit dengan penekanan kepada aspek peranan iklan dalam memupuk kesedaran dan pengetahuan pengguna. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengiklanan dalam majalah wanita adalah menarik dan dapat memupuk kesedaran pengguna terhadap barangan kosmetik dan penjagaan kulit yang diiklankan. Ini adalah benar terutama sekali untuk barangan kosmetik dan penjagaan kulit yang barn diperkenalkan di pasaran. Walaupun iklan-iklan dalam majalah wanita dapat membekalkan pengguna dengan pengetahuan mengenai ciri-ciri barangan, kelebihan, kesan dan kebaikan penggunaan barangan kosmetik dan penjagaan kulit, namun maklumatnya adalah tidak mencukupi bagi membekalkan pengetahuan yang lengkap kerana maklumat yang diperolehi melalui iklan tersebut hanya dilengkapkan dengan maklumat yang asas sahaja. Kajian ini juga menunjukkan bahawa resonden tidak yakin dan kurang percaya kepada mesej-mesej dan dakwaan-dakwaan iklan tentang betapa baiknya sesuatu barangan.
Description
Keywords
Pengiklanan , Majalah Wanita
Citation