Pengiklanan Sebagai Alat Untuk Niemupuk Kesedaran Danpengetahuan Pengguna Mengenai Barangan Kosmetik Dan Penjagaan Kulit: Satu Kajian Iklan Dalam Majalah-Majalah Wanita

dc.contributor.authorThoo Siat Lee, Christina
dc.date.accessioned2016-11-25T02:17:13Z
dc.date.available2016-11-25T02:17:13Z
dc.date.issued2002-10
dc.description.abstractPengiklanan iaitu salah satu komunikasi gunaan, merupakan satu kuasa yang penting dalam mempengaruhi pili han pengguna terhadap sesua!u barangan atau perkhidmatan. Pengiklanan dipercayai dapat mewujudkan kesedaran pengguna tentang sesuatu jenama dan dapat menyampaikan mesej-mesej dan membekalkan pengetahuan kepada orang ramai dan ini dapat memberi jenama tersebut satu kelebihan persaingan. Kelebihan persaingan ini adalah amat penting terutama sekali dengan kewujudan persaingan yang hebat di pasaran ekonomi bebas. Penyelidikan ini telah melihat dan mengkaji peranan pengiklanan dalam majalah wanita khususnya iklan barangan kosmetik dan penjagaan kulit dengan penekanan kepada aspek peranan iklan dalam memupuk kesedaran dan pengetahuan pengguna. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengiklanan dalam majalah wanita adalah menarik dan dapat memupuk kesedaran pengguna terhadap barangan kosmetik dan penjagaan kulit yang diiklankan. Ini adalah benar terutama sekali untuk barangan kosmetik dan penjagaan kulit yang barn diperkenalkan di pasaran. Walaupun iklan-iklan dalam majalah wanita dapat membekalkan pengguna dengan pengetahuan mengenai ciri-ciri barangan, kelebihan, kesan dan kebaikan penggunaan barangan kosmetik dan penjagaan kulit, namun maklumatnya adalah tidak mencukupi bagi membekalkan pengetahuan yang lengkap kerana maklumat yang diperolehi melalui iklan tersebut hanya dilengkapkan dengan maklumat yang asas sahaja. Kajian ini juga menunjukkan bahawa resonden tidak yakin dan kurang percaya kepada mesej-mesej dan dakwaan-dakwaan iklan tentang betapa baiknya sesuatu barangan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3221
dc.subjectPengiklananen_US
dc.subjectMajalah Wanitaen_US
dc.titlePengiklanan Sebagai Alat Untuk Niemupuk Kesedaran Danpengetahuan Pengguna Mengenai Barangan Kosmetik Dan Penjagaan Kulit: Satu Kajian Iklan Dalam Majalah-Majalah Wanitaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: