Pemprofilan Pertuturan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Autistik
Loading...
Date
2009
Authors
Norfishah, Mat Rabi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kanak-kanak autistik menghadapi masalah kesukaran bertutur terutama
ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kesukaran
pertuturan kanak-kanak autistik lazimnya berlaku dalam konteks menyatakan
keperluan dan keinginan, memberi maklumat, menjawab soalan, menyoal, memberi
pendapat, dan menyelesaikan masalah. Berlatarbelakangkan kecelaruan
perkembangan dalam aspek bahasa dan komunikasi, interaksi sosial, dan tingkah
laku, kanak-kanak autistik mempunyai pelbagai ciri pertuturan yang boleh
diprofilkan dengan terperinci. Hal ini termasuklah penggunaan bahasa secara lisan
dalam proses pembelajaran, iaitu semasa kanak-kanak autistik berkomunikasi dengan
guru atau rakan sebaya di dalam bilik darjah. Pemprofilan pertuturan perlu dilakukan
untuk mendapatkan huraian yang jelas tentang kebolehan penggunaan bahasa Melayu
kanak-kanak autistik yang merupakan bahasa pengantar dalam kurikulum khas
program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP).
Description
Keywords
Pertuturan Bahasa Melayu , Kanak-Kanak Autistik