Hakmilik tanah padi dan politik di Kedah
Loading...
Date
1978-11
Authors
Haji Othman, Mansor
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Perbincangan-perbincangan ke atas masalah-masalah
pembangunan telah mengalami perubahan yang nyata di abad yang
lepas. Semasa tahun-tahun 1950an dan 60an, pembuat-pembuat
polisi dan ahli-ahli ekonomi menekankan kepada peri mustahaknya
pertumbuhan ekonomi (penambahan pengeluaran} sebagai rumusan
kepada masalah ini. Kebanyakan daripada strategi-strategi
pembangunan berorientasikan ke arah matlamat ini e.g. inovasi
teknologi, bantuan-bantuan, benih-benih tanaman bermutu tinggi
dan lain-lain lagi. Adalah jelas sekarang pertumbuhan tidak
dapat menjamin taraf kehidupan orang-orang miskin boleh dibaiki
ataupun jurang di antara orang-orang berada dengan tidak berada
dapat disempitkan. Apabila pendekatan ini ditolak, pemikiran
kebanyakan penganalisa-penganalisa berorientasikan kepada
pembukaan peluang-peluang pekerjaan sebagai polisi gantian.
Walau bagaimanapun telah diperakui bahawa pengangguran hanyalah
sebahagian kecil daripada masalah sahaja. Lantaran itu, perbincangan dengan cepat bertukar daripada pengangguyan kepada "underemployment" dan distribusi pendapatan.
Di dalam masyarakat agraria, distribusi pendapatan
adalah berkaitan dengan pola distribusi tanah. Tanah merupakan
sumber utama kepada kekayaan, asas kekuasaan politik dan simbol kehormatan sosial. Siapa yang mengawali tanah akan juga mempunyai kawalan ke atas punca-punca pengeluaran yang lain.
Tanah, termasuk tanah pertanian dibahagi-bahagikan secara tidak sama di dalam kebanyakan masyarakat. Nampaknya, tidak boleh dielakkan lagi bahawa komponan prinsip sesuatu kejayaan memerangi
kemiskinan di negara-negara yang sebahagian besar kawasannya
adalah luar bendar ialah kemistian pemberian semula harta-harta
tanah. Tetapi, biasanya inilah satu strategi yang amat sukar
diimplementasikan kerana pengaruh politik elit tanah.
Fokas kajian ini ialah atas elit tanah di Kawasan
Rancangan Pengairan Muda, di Kedah. Kajian mengidentify ETP
(elit tanah padi), mengkaji latar-belakang sosio-ekonomi mereka
dan terutamanya penglibatan politik mereka. Akhirnya, kajian
memikirkan implikasi-implikasi jumpaan untuk melihat prospek
reformasi tanah khasnya dan politik di Kedah amnya.
Kajian menunjukkan bahawa ETP adalah suatu klas sosioekonomi
yang distinctive dengan mempunyai tingkat partisipasi
politik yang tinggi di peringkat tempatan. Kebanyakan ETP adalah
ahli-ahli elit politik tempatan dan menganggotai kedua-dua parti
utama, UMNO dan PAS di dalam proportion yang lebih kurang sama
banyaknya dan berbetulan juga di kalangan generasi muda dan tua. Sekil partisipasi politik ETP menunjukkan bahawa mereka adalah Sekil partisipasi politik ETP menunjukkan bahawa mereka adalah yang sedemikian rupa akan bertentangan
dengan kepentingan kumpulan ini dan mereka akan menentangnya.
Jika sekiranya tidak ada peluang untuk reformasi tanah,
maka peluang-peluang untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi
kemiskinan tidak jua baik. Tetapi, kegagalan menyelesaikan
masalah kemiskinan akan berkemungkinan mengakibatkan ketidakstabilan
politik di dalam jangka panjang.
Description
Keywords
Tanah padi dan politik