Hakmilik tanah padi dan politik di Kedah

dc.contributor.authorHaji Othman, Mansor
dc.date.accessioned2017-07-14T06:52:56Z
dc.date.available2017-07-14T06:52:56Z
dc.date.issued1978-11
dc.description.abstractPerbincangan-perbincangan ke atas masalah-masalah pembangunan telah mengalami perubahan yang nyata di abad yang lepas. Semasa tahun-tahun 1950an dan 60an, pembuat-pembuat polisi dan ahli-ahli ekonomi menekankan kepada peri mustahaknya pertumbuhan ekonomi (penambahan pengeluaran} sebagai rumusan kepada masalah ini. Kebanyakan daripada strategi-strategi pembangunan berorientasikan ke arah matlamat ini e.g. inovasi teknologi, bantuan-bantuan, benih-benih tanaman bermutu tinggi dan lain-lain lagi. Adalah jelas sekarang pertumbuhan tidak dapat menjamin taraf kehidupan orang-orang miskin boleh dibaiki ataupun jurang di antara orang-orang berada dengan tidak berada dapat disempitkan. Apabila pendekatan ini ditolak, pemikiran kebanyakan penganalisa-penganalisa berorientasikan kepada pembukaan peluang-peluang pekerjaan sebagai polisi gantian. Walau bagaimanapun telah diperakui bahawa pengangguran hanyalah sebahagian kecil daripada masalah sahaja. Lantaran itu, perbincangan dengan cepat bertukar daripada pengangguyan kepada "underemployment" dan distribusi pendapatan. Di dalam masyarakat agraria, distribusi pendapatan adalah berkaitan dengan pola distribusi tanah. Tanah merupakan sumber utama kepada kekayaan, asas kekuasaan politik dan simbol kehormatan sosial. Siapa yang mengawali tanah akan juga mempunyai kawalan ke atas punca-punca pengeluaran yang lain. Tanah, termasuk tanah pertanian dibahagi-bahagikan secara tidak sama di dalam kebanyakan masyarakat. Nampaknya, tidak boleh dielakkan lagi bahawa komponan prinsip sesuatu kejayaan memerangi kemiskinan di negara-negara yang sebahagian besar kawasannya adalah luar bendar ialah kemistian pemberian semula harta-harta tanah. Tetapi, biasanya inilah satu strategi yang amat sukar diimplementasikan kerana pengaruh politik elit tanah. Fokas kajian ini ialah atas elit tanah di Kawasan Rancangan Pengairan Muda, di Kedah. Kajian mengidentify ETP (elit tanah padi), mengkaji latar-belakang sosio-ekonomi mereka dan terutamanya penglibatan politik mereka. Akhirnya, kajian memikirkan implikasi-implikasi jumpaan untuk melihat prospek reformasi tanah khasnya dan politik di Kedah amnya. Kajian menunjukkan bahawa ETP adalah suatu klas sosioekonomi yang distinctive dengan mempunyai tingkat partisipasi politik yang tinggi di peringkat tempatan. Kebanyakan ETP adalah ahli-ahli elit politik tempatan dan menganggotai kedua-dua parti utama, UMNO dan PAS di dalam proportion yang lebih kurang sama banyaknya dan berbetulan juga di kalangan generasi muda dan tua. Sekil partisipasi politik ETP menunjukkan bahawa mereka adalah Sekil partisipasi politik ETP menunjukkan bahawa mereka adalah yang sedemikian rupa akan bertentangan dengan kepentingan kumpulan ini dan mereka akan menentangnya. Jika sekiranya tidak ada peluang untuk reformasi tanah, maka peluang-peluang untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan tidak jua baik. Tetapi, kegagalan menyelesaikan masalah kemiskinan akan berkemungkinan mengakibatkan ketidakstabilan politik di dalam jangka panjang.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4185
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectTanah padi dan politiken_US
dc.titleHakmilik tanah padi dan politik di Kedahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: