Penggunaan Perisian Assetbase Sebagai Buku Elektronik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan Dan Kesan Terhadap Pencapaian Dan Minat Pelajar Tingkatan Empat
Loading...
Date
2011-08
Authors
Ramasamy, Mottiakavandar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan Bahagian Nota Ringkas
perisian ASSETBase sebagai Buku Elektronik (AsBE) dalam pengajaran Prinsip Perakaunan dan
kesannya terhadap pencapaian dan minat pelajar tingkatan empat. Kajian ini berasaskan dua
teori iaitu i) Model Penerimaan Teknologi (TAM) dan ii) Teori Pemprosesan Maklumat. Sampel
kajian dibahagikan kepada tiga kumplan: guru, sekolah dan pelajar. Sejumlah 225 orang guru,
235 orang pelajar dan tiga buah sekolah menjadi sampel dalam kajian. Guru dan sekolah dalam
kajian masing-masing dipilih berdasarkan persampelan seluruh populasi dan persampelan
bertujuan. Tiga buah sekolah dan guru dipilih berdasarkan tiga kaedah yang berlainan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Tiga kaedah yang dipilih ialah Kaedah PPBK Rawatan
Buku Elektronik (KA), Kaedah PPBK Rawatan ‘Spreadsheet’ (KE), dan Kaedah Konvensional
(KK). Manakala, pelajar dipilih berdasarkan persampelan kluster. Keputusan analisis regrasi
dalam kajian menunjukkan dimensi seperti pengetahuan komputer guru dengan persepsi guru
terhadap penggunaan AsBE, efikasi kendiri guru dengan persepsi guru terhadap mudah
digunakan AsBE, persepsi guru terhadap penggunaan AsBE dan persepsi guru terhadap mudah
digunakan AsBE dengan sikap guru terhadap penggunaan AsBE, sikap guru terhadap
penggunaan AsBE dengan tahap penggunaan sebenar AsBE dan tahap penggunaan sebenar
AsBE dengan persepsi guru terhadap pencapaian pelajar dan minat terhadap pembelajaran
mempunyai hubungan yang positif dan amat signifikan. Keputusan ujian-t berpasangan
menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang positif dan signifikan dalam pencapaian dan
minat pelajar yang menggunakan kaedah KA berbanding kaedah KE dan kaedah KK. Jadi,
implikasi kajian menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran berasaskan komputer menjadikan
pelajar lebih aktif dalam suasana pembelajaran dan proses P & P lebih berfokus dan berpusatkan
pelajar.
Description
Keywords
Buku Elektronik , Dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan