Penggunaan Perisian Assetbase Sebagai Buku Elektronik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan Dan Kesan Terhadap Pencapaian Dan Minat Pelajar Tingkatan Empat

dc.contributor.authorRamasamy, Mottiakavandar
dc.date.accessioned2019-08-29T07:04:04Z
dc.date.available2019-08-29T07:04:04Z
dc.date.issued2011-08
dc.description.abstractKajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan Bahagian Nota Ringkas perisian ASSETBase sebagai Buku Elektronik (AsBE) dalam pengajaran Prinsip Perakaunan dan kesannya terhadap pencapaian dan minat pelajar tingkatan empat. Kajian ini berasaskan dua teori iaitu i) Model Penerimaan Teknologi (TAM) dan ii) Teori Pemprosesan Maklumat. Sampel kajian dibahagikan kepada tiga kumplan: guru, sekolah dan pelajar. Sejumlah 225 orang guru, 235 orang pelajar dan tiga buah sekolah menjadi sampel dalam kajian. Guru dan sekolah dalam kajian masing-masing dipilih berdasarkan persampelan seluruh populasi dan persampelan bertujuan. Tiga buah sekolah dan guru dipilih berdasarkan tiga kaedah yang berlainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tiga kaedah yang dipilih ialah Kaedah PPBK Rawatan Buku Elektronik (KA), Kaedah PPBK Rawatan ‘Spreadsheet’ (KE), dan Kaedah Konvensional (KK). Manakala, pelajar dipilih berdasarkan persampelan kluster. Keputusan analisis regrasi dalam kajian menunjukkan dimensi seperti pengetahuan komputer guru dengan persepsi guru terhadap penggunaan AsBE, efikasi kendiri guru dengan persepsi guru terhadap mudah digunakan AsBE, persepsi guru terhadap penggunaan AsBE dan persepsi guru terhadap mudah digunakan AsBE dengan sikap guru terhadap penggunaan AsBE, sikap guru terhadap penggunaan AsBE dengan tahap penggunaan sebenar AsBE dan tahap penggunaan sebenar AsBE dengan persepsi guru terhadap pencapaian pelajar dan minat terhadap pembelajaran mempunyai hubungan yang positif dan amat signifikan. Keputusan ujian-t berpasangan menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang positif dan signifikan dalam pencapaian dan minat pelajar yang menggunakan kaedah KA berbanding kaedah KE dan kaedah KK. Jadi, implikasi kajian menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran berasaskan komputer menjadikan pelajar lebih aktif dalam suasana pembelajaran dan proses P & P lebih berfokus dan berpusatkan pelajar.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8733
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectBuku Elektroniken_US
dc.subjectDan Pembelajaran Prinsip Perakaunanen_US
dc.titlePenggunaan Perisian Assetbase Sebagai Buku Elektronik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan Dan Kesan Terhadap Pencapaian Dan Minat Pelajar Tingkatan Empaten_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: