Penterjemahan Dalam Media Audiovisual . - Televisyen : Satu Analisis Mesej
Loading...
Date
2004-02
Authors
CHE OMAR, HASURIA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tesis ini mengkaji pemindahan bahasa bagi elemen verbal peranti linguistik dalam
wacana : kohesi dan koheren dalam dialog program televisyen (TV), pemindahan
bahasa elemen parabahasa dan mengenalpasti strategi penghasilan sari kata. la juga
mengkaji sejauhmanakah output sari kata ini mempengaruhi pemahaman penontonnya?
Pendekatan semantik dan komunikatif merupakan elemen utama yang digunakan dalam
kajian ini.
Kerangka analisis yang digunakan termasuklah teori wacana : peranti linguistik kohesi
dan koheren, teon parabahasa, teori audiovisual, teori budaya-mediadan teori
penterjemahan. Analisis memusatkan kepada sari kata dalam bahasa Malaysia (8M)
dan membandingkannya dengan teks sumber dalam bahasa Inggeris (81). Domain
penggunaan bahasa juga turut dianalisis. Sam pel kajian ini terdiri daripada 1943 dialog
yang diperoleh daripada lima program televisyen yang ditayangkan oIeh NTV7 dan TV3.
Kajia~ dibuat dalam dua peringkat. Yang pertama ialah analisis deskriptif bagi elemen
verballeksis dan elemen parabahasa. Kedua-duanya dikaji dari segi kesan mesej yang
dihasilkan daripada strategi terjemahan yang digunakan. Dikaji juga sejauhmanakah
dan bagaimanakah penterjemahan mempengaruhi kualiti output sari kata? Yang kedua
ialah analisls untuk melihat keberkesanan tindakan penterjemahan yang mementingkan
audiens sasaran. Soal selidik telah diedarkan kepada seratti5 sepuluh (110) responden
untuk mendapatkan maklum balas tentang penerimaan dan pemahaman mereka
terhadap sari kata yang terdapat dalam program televisyen yang dipilih.
Kajian mendapati bahawa pengekalan dan pengguguran telah digunakan untuk
menangani elemen kohesi dan koheren dalam wacana audiovisual. Padanan yang
,{ dihasilkan dalam kedua-dua elemen kelihatan mengutamakan fungsi komunikatif
T , sesuatu item dan konteks situasi sesuatu adegan. Penerimaan koheren intratekstl,Jal
dalam situasi sasaran bergantung kepada peraturan koheren yang menggariskan
bahawa mesej yang dihasilkan perfu ditafsirkan dengan sempuma agar ia berkoheren
dengan situasi penerima sasaran. Hanya item parabahasa yang benar-benar
memberikan kesan terhadap mesej sahaja yang diberikan sari kata dalam 8M .. Juga
didapati pentafsiran makna item Iinguistik-kinesik-parabahasa dilakukan terlebih dahulu
sebelum teks sumber ditangani. Walaupun peranti linguistik didapati te~ejas dalam
sesetengah kes, audiens sasaran berpendapat bahawa mesej keseluruhan cerna masih
agak terpelihara. Pandangan ini telah dibuktikan dengan maklum balas responden yang
mengakui mereka memahami dan menerima output sari kata dalam program TV. Hal ini
menunjukkan output ini sebahagian besamya be~aya mengkomunikasikan maklumat
teks sumber. Secara tidak langsung, dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan
penyediaan sari kata sedia ada sekarang dapat dtterima pakai tetapi masih boleh
ditingkat kualiti ouputnya melalui beberapa penambahbaikan.
Description
Keywords
Penterjemahan Dalam Media Audiovisual . - Televisyen , Satu Analisis Mesej