Penterjemahan Dalam Media Audiovisual . - Televisyen : Satu Analisis Mesej

dc.contributor.authorCHE OMAR, HASURIA
dc.date.accessioned2016-08-03T04:13:56Z
dc.date.available2016-08-03T04:13:56Z
dc.date.issued2004-02
dc.description.abstractTesis ini mengkaji pemindahan bahasa bagi elemen verbal peranti linguistik dalam wacana : kohesi dan koheren dalam dialog program televisyen (TV), pemindahan bahasa elemen parabahasa dan mengenalpasti strategi penghasilan sari kata. la juga mengkaji sejauhmanakah output sari kata ini mempengaruhi pemahaman penontonnya? Pendekatan semantik dan komunikatif merupakan elemen utama yang digunakan dalam kajian ini. Kerangka analisis yang digunakan termasuklah teori wacana : peranti linguistik kohesi dan koheren, teon parabahasa, teori audiovisual, teori budaya-mediadan teori penterjemahan. Analisis memusatkan kepada sari kata dalam bahasa Malaysia (8M) dan membandingkannya dengan teks sumber dalam bahasa Inggeris (81). Domain penggunaan bahasa juga turut dianalisis. Sam pel kajian ini terdiri daripada 1943 dialog yang diperoleh daripada lima program televisyen yang ditayangkan oIeh NTV7 dan TV3. Kajia~ dibuat dalam dua peringkat. Yang pertama ialah analisis deskriptif bagi elemen verballeksis dan elemen parabahasa. Kedua-duanya dikaji dari segi kesan mesej yang dihasilkan daripada strategi terjemahan yang digunakan. Dikaji juga sejauhmanakah dan bagaimanakah penterjemahan mempengaruhi kualiti output sari kata? Yang kedua ialah analisls untuk melihat keberkesanan tindakan penterjemahan yang mementingkan audiens sasaran. Soal selidik telah diedarkan kepada seratti5 sepuluh (110) responden untuk mendapatkan maklum balas tentang penerimaan dan pemahaman mereka terhadap sari kata yang terdapat dalam program televisyen yang dipilih. Kajian mendapati bahawa pengekalan dan pengguguran telah digunakan untuk menangani elemen kohesi dan koheren dalam wacana audiovisual. Padanan yang ,{ dihasilkan dalam kedua-dua elemen kelihatan mengutamakan fungsi komunikatif T , sesuatu item dan konteks situasi sesuatu adegan. Penerimaan koheren intratekstl,Jal dalam situasi sasaran bergantung kepada peraturan koheren yang menggariskan bahawa mesej yang dihasilkan perfu ditafsirkan dengan sempuma agar ia berkoheren dengan situasi penerima sasaran. Hanya item parabahasa yang benar-benar memberikan kesan terhadap mesej sahaja yang diberikan sari kata dalam 8M .. Juga didapati pentafsiran makna item Iinguistik-kinesik-parabahasa dilakukan terlebih dahulu sebelum teks sumber ditangani. Walaupun peranti linguistik didapati te~ejas dalam sesetengah kes, audiens sasaran berpendapat bahawa mesej keseluruhan cerna masih agak terpelihara. Pandangan ini telah dibuktikan dengan maklum balas responden yang mengakui mereka memahami dan menerima output sari kata dalam program TV. Hal ini menunjukkan output ini sebahagian besamya be~aya mengkomunikasikan maklumat teks sumber. Secara tidak langsung, dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan penyediaan sari kata sedia ada sekarang dapat dtterima pakai tetapi masih boleh ditingkat kualiti ouputnya melalui beberapa penambahbaikan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2390
dc.subjectPenterjemahan Dalam Media Audiovisual . - Televisyenen_US
dc.subjectSatu Analisis Mesejen_US
dc.titlePenterjemahan Dalam Media Audiovisual . - Televisyen : Satu Analisis Mesejen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: