Pemantapan Jati Diri Pelajar Sekolah Menengah Melalui Pendidikan Pergerakan Kreatif

Loading...
Thumbnail Image
Date
2010-12
Authors
Saearani, Muhammad Fazli Taib
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat sumbangan dan implikasi modul pergerakan kreatif yang telah dibangunkan oleh pengkaji. Sebanyak tiga buah modul mengandungi I) kebebasan pengucapan idea dan perasaan menerusi aktiviti olahan ekspresi tubuh, 2) ritmamenerusi aktiviti pergerakan berirama dan 3) daya cipta kreatifmenerusi aktiviti eksplorasi pergerakan. Hasil kajian menunjukkan terdapat kelebihan dan kekurangan daripada modul tersebut yang boleh dijadikan penambahbaikan untuk mengukuhkan lagi pengisian maklumat yang dibina. Bagi pelajar yang terlibat, masing-masing dapat mengikuti aktiviti dengan memberikan kemunculan kegembiraan, keunikan potensi gerak yang sangat kreatif seterusnya memantapkan jati diri mereka. Dapatan kajian mencadangkan bahawa aktiviti pergerakan kreatif patut dibangunkan pada sistem pendidikan masa kini tidak kira dalam modul akademik mahupun ko-kurikulum bagi mewarnai daya imaginasi kreatifkeintelektualan pelajar yang dinamik.
Description
Keywords
Pemantapan jati diri pelajar sekolah Menengah , melalui pendidikan Pergerakan kreatif.
Citation