Pemupukan Waja Diri Kanak-Kanak Prasekolah

dc.contributor.authorChee, Siew Lan
dc.date.accessioned2018-08-03T01:12:19Z
dc.date.available2018-08-03T01:12:19Z
dc.date.issued2011-05
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk meneroka proses pemupukan waja diri kanak-kanak prasekolah melalui strategi pengajaran yang dijalankan oleh guru prasekolah. Sehubungan itu, waja diri kanak-kanak prasekolah telah dikenal pasti berasaskan tiga faktor pelindung, iaitu hubungan rapat, pengawalan diri dan daya usaha mengikut dua tempoh kajian dijalankan, iaitu tempoh sebelum strategi pemupukan waja diri dijalankan dan tempoh strategi pemupukan waja diri dijalankan. Dalam tempoh strategi pemupukan waja diri dilaksanakan, strategi pemupukan waja diri yang sama telah dilaksanakan dalam dua peringkat yang masing-masing mengambil masa lapan minggu. Selain itu, tindak balas kanak-kanak prasekolah terhadap aktiviti-aktiviti pemupukan waja diri yang dilaksanakan diteliti. Cara strategi pemupukan waja diri yang dapat meningkatkan waja diri kanak-kanak prasekolah juga turut dikenal pasti. Sejajar dengan tujuan kajian, kajian kes berbentuk kualitatif telah dilaksanakan dengan berpandukan program yang telah diubah suai daripada Program Devereux Early Childhood Initiative – DECI (Koralek, 1999) dan Projek Reaching In Reaching Out – RIRO (Hall, 2003) mengikut konteks Malaysia. Data utama dikutip melalui pemerhatian enam kanak-kanak prasekolah. Data lanjutan mengenai subjek kajian dikutip melalui temu bual dengan guru, pembantu guru dan penjaga subjek kajian. Buku rekod peribadi dan rekod perkembangan subjek kajian telah diteliti. Tatacara mengutip data bagi kajian ini diubah suai daripada Program Devereux Early Childhood Assessment. Data dianalisis semasa dan selepas pengumpulan data dengan berpandukan pendekatan oleh Boyatzis (1995), Mertens (1998), Miles dan Huberman (1994). Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi pemupukan waja diri boleh digunakan untuk memupuk waja diri kanak-kanak prasekolah. Pada akhir peringkat kedua strategi pemupukan waja diri dijalankan, waja diri semua enam subjek kajian dapat dipertingkatkan dengan bertambahnya hubungan rapat antara subjek kajian dengan guru dan rakan; pengawalan diri dan daya usaha subjek kajian juga meningkat.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6147
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPemupukan waja diri kanak-kanak prasekolahen_US
dc.subjectstrategi pengajaran yang dijalankan oleh guru prasekolahen_US
dc.titlePemupukan Waja Diri Kanak-Kanak Prasekolahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: