Pemilikan Rumah Oleh Golongan Berpendapatan Sederhana: Kajian Kes Di Pulau Pinang
Loading...
Date
2016-09
Authors
Yahaya, Mohd Haizzan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang paling pesat membangun di wilayah
utara Malaysia. Pembangunan pesat di Pulau Pinang telah memberi kesan langsung
kepada peningkatan drastik nilaian hartanah khususnya rumah. Harga rumah yang tinggi
telah membataskan kemampuan penduduk di Pulau Pinang untuk memiliki rumah sendiri,
yang tidak hanya dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah tetapi juga golongan
berpendapatan sederhana (RM4,000 sehingga RM8,500). Akhirnya, ia memberi kesan
mendalam kepada golongan berpendapatan sederhana untuk menikmati kehidupan yang
selesa di bandar. Walaupun taraf hidup mereka telah meningkat, sebahagian besar
golongan ini masih tertinggal dan menjadi kelas sosial baharu yang tidak mampu
memiliki rumah sendiri. Kajian ini menghujahkan bahawa cara pengendalian polisi serta
program sedia ada kurang memberi impak positif terhadap golongan ini. Justeru, objektif
kajian ini, pertamanya adalah untuk menganalisis isu dan permasalahan perumahan bagi
golongan yang berpendapatan sederhana di Pulau Pinang. Kedua, menganalisis corak
penanganan masalah golongan yang berpendapatan sederhana terhadap pemilikan rumah
di Pulau Pinang. Objektif ketiga seterusnya mencadangkan dan memperkukuhkan
struktur model yang dapat menggalakkan kadar pemilikan rumah bagi golongan yang
berpendapatan sederhana di Pulau Pinang. Analisis kaedah mix method telah diguna
pakai dengan melibatkan seramai 257 orang responden daripada golongan yang
berpendapatan sederhana serta pegawai yang ada hubung kait secara langsung dalam
pelan perancangan pembangunan perumahan di Pulau Pinang. Hasil kajian mendapati
sebilangan besar responden masih belum memiliki rumah sendiri dan cara penanganan
masalah paling popular adalah dengan menyewa. Sehubungan itu, kajian ini melihat
keperluan terhadap praktis kerja sosial dalam perumahan (Social Work in Housing
Setting) di Malaysia sebagai model penting dalam membantu golongan ini dan sekaligus
menangani permasalahan pemilikan rumah yang dihadapi.
Description
Keywords
Menganalisis isu dan permasalahan perumahan bagi golongan , yang berpendapatan sederhana di Pulau Pinang