Pemilikan Rumah Oleh Golongan Berpendapatan Sederhana: Kajian Kes Di Pulau Pinang

dc.contributor.authorYahaya, Mohd Haizzan
dc.date.accessioned2016-12-09T02:32:39Z
dc.date.available2016-12-09T02:32:39Z
dc.date.issued2016-09
dc.description.abstractPulau Pinang merupakan sebuah negeri yang paling pesat membangun di wilayah utara Malaysia. Pembangunan pesat di Pulau Pinang telah memberi kesan langsung kepada peningkatan drastik nilaian hartanah khususnya rumah. Harga rumah yang tinggi telah membataskan kemampuan penduduk di Pulau Pinang untuk memiliki rumah sendiri, yang tidak hanya dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah tetapi juga golongan berpendapatan sederhana (RM4,000 sehingga RM8,500). Akhirnya, ia memberi kesan mendalam kepada golongan berpendapatan sederhana untuk menikmati kehidupan yang selesa di bandar. Walaupun taraf hidup mereka telah meningkat, sebahagian besar golongan ini masih tertinggal dan menjadi kelas sosial baharu yang tidak mampu memiliki rumah sendiri. Kajian ini menghujahkan bahawa cara pengendalian polisi serta program sedia ada kurang memberi impak positif terhadap golongan ini. Justeru, objektif kajian ini, pertamanya adalah untuk menganalisis isu dan permasalahan perumahan bagi golongan yang berpendapatan sederhana di Pulau Pinang. Kedua, menganalisis corak penanganan masalah golongan yang berpendapatan sederhana terhadap pemilikan rumah di Pulau Pinang. Objektif ketiga seterusnya mencadangkan dan memperkukuhkan struktur model yang dapat menggalakkan kadar pemilikan rumah bagi golongan yang berpendapatan sederhana di Pulau Pinang. Analisis kaedah mix method telah diguna pakai dengan melibatkan seramai 257 orang responden daripada golongan yang berpendapatan sederhana serta pegawai yang ada hubung kait secara langsung dalam pelan perancangan pembangunan perumahan di Pulau Pinang. Hasil kajian mendapati sebilangan besar responden masih belum memiliki rumah sendiri dan cara penanganan masalah paling popular adalah dengan menyewa. Sehubungan itu, kajian ini melihat keperluan terhadap praktis kerja sosial dalam perumahan (Social Work in Housing Setting) di Malaysia sebagai model penting dalam membantu golongan ini dan sekaligus menangani permasalahan pemilikan rumah yang dihadapi.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3272
dc.subjectMenganalisis isu dan permasalahan perumahan bagi golonganen_US
dc.subjectyang berpendapatan sederhana di Pulau Pinangen_US
dc.titlePemilikan Rumah Oleh Golongan Berpendapatan Sederhana: Kajian Kes Di Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Mohd Haizzan Yahaya.pdf
Size:
12.48 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: